Rizman Ruzaini Perkenal ‘The Malaya’ Busana Rasmi Kontinjen Malaysia Ke Olimpik Paris 2024
Ini baru betul, cantik!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, Majlis Olimpik Malaysia telah memuat naik hantaran menampilkan rekaan baju rasmi kontinjen Malaysia melalui Instagram
Baju itu direka khas oleh pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini yang dinamakan 'The Malaya'.
Busana rasmi yang menampilkan baju kurung dan baju Melayu teluk belanga akan digayakan oleh pasukan Malaysia sempena upacara perasmian Sukan Olimpik Paris 2024.
Rizman Ruzaini dijemput bagi menghadiri Malam Olimpik 2024 di Kuala Lumpur
Menurut laporan sumber, busana itu akan mencerminkan budaya Malaysia tersendiri.
“Dari situ, ‘fashion house’ bekerja keras untuk menghasilkan busana tradisional ini dengan visi diterjemahkan apa yang anda lihat hari ini dan apa yang dunia akan lihat pada 26 Julai sebagai atlet kami #GoForGold."
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!