Malaysia Tak Lama Lagi Boleh Perbaharui Tempoh Sah Laku Pasport Sehingga 10 Tahun
Mungkin harga akan lebih mahal.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Malaysia akan membenarkan pasport sah laku sehingga 10 tahun tidak lama lagi
Menurut laporan New Straits Times, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata bahawa pengumuman akan dibuat setelah permohonan dibuka.
"Kami sedang memperhalusi dan ia berada dalam fasa terakhir. Kami akan cuba melaksanakannya tidak lama lagi," beliau berkongsi baru-baru ini.
Pasport 10 tahun akan berharga sedikit lebih mahal berbanding pasport lima tahun
Ciri keselamatan pada pasport Malaysia akan kekal kukuh, dengan penambahbaikan yang akan dilakukan.
Pada masa ini, sah laku pasport lima tahun untuk rakyat Malaysia yang berumur antara 13 hingga 59 tahun berharga RM200, manakala warga emas (lebih 60 tahun) dan kanak-kanak (di bawah 12 tahun) dikenakan bayaran RM100.
Negara seperti Thailand, Indonesia, Filipina, dan Singapura telahpun mengeluarkan pasport yang sah laku selama 10 tahun.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!