seismik

"Elok Mamp*s Jelah Kak" - Netizen Mengamuk Bila Gadis Ini Mengeluh RM100 Sehari Tak Cukup

Banyak tu RM100 sehari.

Cover image via SAYS via Twitter

One question: Kalau korang dapat RM100 sehari, apa korang akan buat dengan duit tu?

Ini dia RM100.

Image via SAYS

Kalau diikutkan, nilai RM100 itu memang banyak untuk dihabiskan dalam masa sehari. Wang itu boleh diguna untuk membeli sarapan, makan tengahari, dan makan malam, boleh isi minyak full tank (bergantung pada kereta), boleh beli topup, boleh pergi tengok wayang, bayar tol, dan macam-macam lagi.

Lebih-lebih lagi pada zaman ekonomi merosot sekarang ini, nilai RM100 itu begitu berharga buat sesetengah individu. Pasti wang itu akan digunakan sehabis baik tanpa sebarang pembaziran.

Namun, berbeza pula untuk gadis belasan tahun ini

Image via Twitter

Berdasarkan tweet di atas, gadis ini nampaknya mengeluh kerana HANYA diberikan wang saku RM100 daripada ibunya untuk dia bertahan selama sehari.

Dia yang baru berusia 19 tahun ternyata kecewa dan tidak tahu sama ada dia boleh bertahan atau tidak dengan wang saku berkenaan.

Dan apabila ditegur, dia dengan bongkaknya menjawab, "Nak beli apa je kalau RM100."

Lihat screenshot di bawah:

Image via Twitter

Ramai netizen mempersoal bagaimana wang RM100 tidak cukup untuk kegunaan seharian sambil berusaha "menyekolahkan" gadis tersebut.

"Syukur lah dapat RM100 sehari. Orang lain ada je hidup lagi susah."

Image via Twitter

Memang ramai sangat yang tak puas hati, malah ada juga yang menggelar gadis itu sebagai "betina"

Image via Twitter
Image via Twitter

Mungkin inilah sebabnya RM100 sehari masih tak cukup. :P

Image via Twitter

Korang rasa macam mana? Kongsikan pendapat di ruangan komen!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Yang ini lain pula ceritanya. Disebabkan orang lain, tak pasal-pasal dia yang kena kecam. BACA SINI:

You may be interested in: