Rojak Buah Cecah RM45 Di Event Taman Tasik Titiwangsa Jadi Bualan Hangat Netizen
Mahal betul, macam tak masuk akal harganya.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Harga rojak buah mencecah RM45.49 dalam satu event di sekitar Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial
Menerusi perkongsian di Threads oleh pengguna dikenali sebagai Syafinazynaz, beberapa potongan buah bersama kuah rojak diletakkan di atas penimbang sebelum harga RM45.49 dipaparkan.
"Buah potong kat event Tasik Titiwangsa.. RM45.49 oi," tulisnya.

Perkongsian itu kemudian mendapat perhatian ramai yang menyifatkan harga berkenaan agak tinggi berbanding kuantiti buah yang diterima
Seorang pengguna Threads, Shaiful, mendakwa turut mengalami pengalaman sama selepas membeli rojak buah di gerai berkenaan sehari sebelumnya.
"Saya terkena dah semalam. Kedai yang sama ni saya beli semalam. Terkejut dalam hati tapi tangan ni hulur juga duit untuk bayar. Adakah aku kena pukau? buah anggur hijau dalam 15 biji satu tangkai RM10. Lepas bayar rasa baru berpikir dengan waras kenapa aku bagi duit tadi adakah aku kena pukau. Disebabkan anak bising nak makan ku fikirkan benda yang positif dan reda apa yang jadi," katanya.
Sementara itu, seorang lagi pengguna Threads dikenali sebagai Dyana mempersoalkan tindakan menimbang kuah rojak bersama buah.
"Memang mahal buah timbang kat event-event ni . Yang pelik nya dia pegi timbang sekali dengan kuah. Kuah patut kau bagi percuma sebab nama pun rojak," katanya.
Isu berkenaan turut mencetuskan perbincangan dalam kalangan pengguna media sosial mengenai harga makanan di acara atau lokasi tumpuan awam, khususnya makanan yang dijual secara timbang.
Lihat perkongsian Threads di bawah:
View on Threads
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via