Roller Coaster Sunway Lagoon Kekal Ditutup, Siasatan Insiden 22 Ogos Masih Berjalan

Difahamkan, penutupan itu dibuat sementara siasatan berkaitan insiden berkenaan masih dijalankan oleh pihak berkuasa.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Harian Metro & Sinar Harian

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Permainan roller coaster yang terlibat dalam insiden kemalangan di Taman Tema Sunway Lagoon pada 22 Ogos lalu masih ditutup buat sementara waktu

SAYS.com
Image via Harian Metro

Menurut Sunway Lagoon Sdn Bhd, penutupan itu dibuat sementara siasatan berkaitan insiden berkenaan masih dijalankan oleh pihak berkuasa.

Menerusi laporan Harian Metro, Sunway Lagoon memaklumkan pihaknya terus bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa dan memberikan kerjasama penuh sepanjang proses siasatan.

Pada masa sama, pihak pengurusan menegaskan bahawa aspek keselamatan pengunjung kekal menjadi keutamaan dalam semua operasi taman tema.

Semua pengunjung yang sebelum ini mendapatkan rawatan dan pemeriksaan di hospital susulan insiden tersebut juga telah dibenarkan pulang.

Sunway Lagoon turut memaklumkan pihaknya memahami insiden itu merupakan pengalaman yang sukar dan mencemaskan, khususnya kepada pengunjung yang terlibat serta ahli keluarga mereka

SAYS.com
Image via Sinar HarianImage via

Pihak pengurusan turut menyatakan rasa kesal terhadap kejadian berkenaan dan akan terus berhubung dengan pengunjung yang mengalami kecederaan bagi memastikan kebajikan serta keperluan mereka diberikan perhatian sewajarnya.

Menurut Sunway Lagoon, pihaknya mengambil serius segala kebimbangan yang timbul susulan insiden tersebut.

Syarikat itu turut memberi jaminan bahawa semua aspek berkaitan keselamatan akan ditangani dengan sewajarnya sebelum sebarang keputusan berkaitan operasi permainan berkenaan dibuat.

Setakat ini, roller coaster terbabit kekal ditutup sementara siasatan masih diteruskan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: