seismik

Roman Abramovich Mahu Derma Semua Hasil Jualan Kelab Chelsea Kepada Mangsa Perang Ukraine

"Kelab bola sepak Chelsea dan penyokongnya akan sentiasa berada di hati saya" - Roman Abramovich.

Cover image via REUTERS/Suzanne Plunkett & Getty Images/Clive Rose

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pemilik Chelsea, Roman Abramovich mengesahkan kelab itu akan dijual dan beliau akan menghapuskan hutang Chelsea dengannya sebanyak £1.5 bilion (RM8.4 bilion)

Menerusi kenyataan rasmi yang dimuat naik oleh Chelsea, Abramovich mengesahkan beliau dalam proses menjual Chelsea dan perkembangan terkini itu sememangnya mengejutkan banyak pihak.

Jelas beliau lagi, hasil jualan prospektif itu akan disumbangkan kepada mangsa perang di Ukraine.

Terdahulu, MailOnline melaporkan kelab itu telah diletakkan di pasaran dengan tujuan untuk mendapatkan semula sekurang-kurangnya £3 bilion (RM16.8 bilion).

Berikut adalah kenyataan rasmi penuh daripada Abramovich mengenai perkembangan terkini mengenai kelab Chelsea itu:

"Saya tidak akan meminta sebarang pinjaman dibayar balik" - Roman Abramovich

"Saya ingin menjelaskan mengenai spekulasi dalam media sejak beberapa hari lalu berhubung pemilikan saya terhadap Chelsea FC.

"Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, saya sentiasa mengambil keputusan dengan kepentingan terbaik. Dalam keadaan semasa, saya mengambil keputusan untuk menjual kelab ini, kerana saya percaya ini adalah untuk kepentingan terbaik kelab, peminat, pekerja, serta penaja dan rakan kongsi kelab.

"Penjualan kelab tidak akan dilakukan dengan singkat, tetapi mengikut proses yang sewajarnya. Saya tidak akan meminta sebarang pinjaman dibayar balik.

"Ini tidak pernah mengenai perniagaan atau wang untuk saya, tetapi mengenai semangat murni untuk permainan dan kelab. Selain itu, saya mengarahkan pasukan saya untuk menubuhkan yayasan amal di mana semua hasil bersih daripada jualan akan didermakan.

Roman Abramovich

Image via UEFA/Getty Images (Alexander Hassenstein)

"Yayasan itu akan memanfaat semua mangsa perang di Ukraine. Ini termasuk menyediakan dana kritikal untuk keperluan mendesak dan segera buat mangsa, serta menyokong kerja pemulihan jangka panjang.

"Ini adalah keputusan yang sangat sukar untuk dibuat, dan tentunya 'sedih' untuk berpisah dengan kelab melalui cara ini. Walau bagaimanapun, saya percaya ini demi kepentingan terbaik kelab.

"Saya harap saya akan dapat melawat Stamford Bridge buat kali terakhir untuk mengucapkan selamat tinggal kepada anda semua secara peribadi. Menjadi sebahagian daripada Chelsea FC merupakan satu keistimewaan seumur hidup dan saya berbangga dengan semua pencapaian bersama.

"Kelab bola sepak Chelsea dan penyokongnya akan sentiasa berada di hati saya," kata Abramovich.

Sikap tidak sabar Abramovich bawa kejayaan buat Chelsea

Pemain Chelsea meraikan kejayaan menjulang Piala Dunia Kelab FIFA di Abu Dhabi.

Image via EPA

Kejayaan diraih skuad The Blues sepanjang 19 tahun Abramovich berkuasa adalah disebabkan rasa tidak sabarnya terhadap ramai pengurus.

Thomas Tuchel menjadi pengurus ke-13 Chelsea sepanjang era Abramovich selepas penjaring terbanyak sepanjang zaman kelab berkenaan, Frank Lampard dipecat.

Walaupun sentiasa ada perubahan, Chelsea mencipta kestabilan dalam mencipta kejayaan.

Sebagai rekod, tiada kelab England memenangi lebih banyak kejuaraan sejak pemilik dari Russia itu mengambil alih kelab pada 2003 yang menukar nasib Chelsea termasuk menang lima gelaran Liga Perdana, dua Liga Juara-Juara, lima Piala FA, tiga Piala Liga, dua Piala Europa dan kini Piala Dunia Kelab FIFA.

Mereka juga mara ke final Piala Liga musim ini dan bersaingan di Liga Juara-Juara, sekalipun gelaran Liga Perdana tampak masih jauh buat pasukan itu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: