Runner Jumpa Skru Bertaburan Di Shah Alam, Orang Ramai Bagi Amaran Boleh Akibatkan Tayar Pancit
Jaga-jaga orang Shah Alam!
Cover image via ThreadsFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang wanita baru-baru ini berkongsi bagaimana suaminya menemui beberapa skru berselerak di jalan berhampiran bulatan Elmina di Shah Alam semasa mereka keluar berlari pada waktu petang
Dalam sebuah hantarannya di Threads, @ezatulroslan berkata mereka menemui skru tersebut berhampiran bulatan dan terkejut dengan jumlahnya yang begitu banyak.
"Sambil-sambil duduk lepas running dekat Elmina ni, nampak husband tengah kutip something. Guess what, punyalah banyak skru atas jalan ni," tulisnya.
Dia turut berkongsi gambar yang menunjukkan suaminya memegang segenggam skru dan bolt dikumpulkan dari jalan raya.


Ramai hadir di bahagian komen mengucapkan terima kasih kepada pasangan tersebut kerana membuang objek berkenaan
Dalam pada itu, terdapat komen daripada netizen yang mendakwa mereka menghadapi masalah tayar pancit di kawasan terbabit.
Seorang pengguna memuji perbuatan pasangan itu dengan berkata, "Sambil running sambil kutip pahala," sementara ada komen yang mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana membantu mencegah lebih banyak tayar pancit.
Seorang pengguna ada berkongsi bahawa dia telah menjadi mangsa sehari sebelumnya. "Tu lah. Semalam kena dah, dua tayar bocor, haih la," tulisnya.

Lihat perkongsian penuh di bawah:
View on Threads
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


