seismik

Saiful Bukhari Tarik Balik Saman Fitnah RM50 Juta Terhadap Anwar

Saman fitnah yang telah difailkan pada 23 Jun 2014 kini ditarik balik.

Cover image via astroawani.com

Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan hari ini mengambil keputusan untuk menarik balik saman RM50 juta terhadap bekas majikannya itu

Dalam perkembangan mengejutkan, Mohd Saiful Bukhari Azlan hari ini menarik balik saman fitnah RM50 juta beliau terhadap bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini menjalani hukuman penjara atas sabitan meliwatnya.

themalaysianinsider.com

Apa sebabnya?

Peguam Anwar, Latheefa Koya.

Image via mstar.com.my

Latheefa Koya, peguam yang mewakili Anwar bersama Shahid Adli Kamaruddin berkata, perkara itu disampaikan peguam Saiful, Zamri Idrus kepada hakim Mahkamah Tinggi, Azizul Azmi Adnan semasa pengurusan kes pagi ini.

"Tiada sebab diberikan bagi penarikan balik itu. Hakim kemudiannya membatalkan saman itu," katanya.

themalaysianinsider.com

Latheefa berkata, penarikan semula saman itu lebih membuktikan Anwar sebenarnya tidak bersalah atas tuduhan liwat terhadap bekas pembantunya itu pada 2008

Sebelum ini Saiful dikatakan akan memberi keterangan pada 10 Ogos depan dalam samannya yang berjumlah RM50 juta terhadap Anwar berhubung insiden liwat tujuh tahun lepas.

Peguam Mohd Saiful, Zamri Idrus, memberitahu media bahawa plaintif akan memanggil sekurang-kurangnya 10 saksi untuk memberi keterangan pada perbicaraan itu, yang ditetapkan selama lima hari mulai 10 Ogos depan.

astroawani.com

Pada 23 Jun tahun lepas, Saiful memfailkan saman bagi menuntut ganti rugi RM50 juta selepas mendakwa beliau mengalami kesakitan fizikal dan menanggung penderitaan sejak 2008 akibat diliwat oleh Anwar

Mohd Saiful mendakwa beliau tidak pernah berbohong dengan kandungan laporan polis itu yang menyatakan Anwar meliwatnya dan kali terakhir kejadian itu berlaku pada 26 Jun 2008, di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih.

Mohd Saiful mendakwa beliau telah dipandang rendah oleh masyarakat yang mempercayai tuduhan Anwar terhadapnya, selain dicemuh di laman-laman sosial hingga menyebabkannya mengalami tekanan teruk akibat fitnah dan kejadian liwat itu.

Anwar, 67, dalam pernyataan pembelaan yang difailkan 8 Okt tahun lepas, menafikan beliau meliwat Mohd Saiful dan berkata dakwaan liwat itu adalah tidak benar.

astroawani.com

Anwar sedang menjalani hukuman penjara selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya terhadap sabitan tuduhan kes liwat ke atasnya

Image via SAYS.com

Pada 10 Februari lalu, sebuah petisyen dari laman White House telah dibuat bagi mendesak pentadbiran Barack Obama mempercepat pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara:

You may be interested in: