Sambut Ulang Tahun Ke-12, SURE-i Terima Pengiktirafan Asia Records & Jalin MOU UCSI
Sempena sambutan bertemakan "Live Well Together" ini, SURE-i turut meluaskan liputan kepakaran serta khidmat komuniti melalui beberapa program utama.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-12 penubuhannya, jenama pengurusan kesihatan tempatan, SURE-i, melakar pencapaian berprestij apabila diiktiraf secara rasmi oleh Asia Record dengan gelaran "Asia's Leading Integrated Preventive Health Ecosystem 2026"
Pengiktirafan berkenaan disampaikan secara rasmi oleh Pengasas merangkap Ketua Juri Asia Record, Dato' KK Chua, sempena penganjuran Hari Kesihatan "Living Well Begins With Healthy Cells".
Anugerah ini diberikan atas transformasi SURE-i yang berkembang daripada penyedia produk kesihatan biasa kepada sebuah platform pengurusan kesihatan dan kesejahteraan bersepadu merangkumi konsultasi profesional, pendidikan, serta kerjasama penyelidikan.
Pengasas SURE-i, Dr. Calvin Lim Fook Loong berkata, pengiktirafan ini mengukuhkan komitmen jangka panjang syarikat dalam menggalakkan masyarakat mengamalkan pendekatan pengurusan kesihatan yang proaktif dan bukannya pasif.
Pendekatan SURE-i mengintegrasikan gabungan Perubatan Tradisional Cina, perubatan Barat, serta terapi semula jadi yang memberi tumpuan kepada pengawalan sindrom metabolik, kesihatan usus, imuniti, penjagaan mata, serta kesejahteraan lelaki dan wanita.

Kerjasama penyelidikan UCSI University dan inisiatif Hari Kesihatan
Sempena sambutan bertemakan "Live Well Together" ini, SURE-i turut meluaskan liputan kepakaran serta khidmat komuniti melalui beberapa program utama:
- Meterai MOU Bersama UCSI University: SURE-i menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) bersama UCSI University bagi menjalankan kajian klinikal berlandaskan sains terhadap formulasi pemulihan sel mereka, NPQ Plus (Cell Restoration Formula). Majlis pemeteraian disaksikan oleh Profesor Madya Dr. Jack Tan Chung Keat selaku pakar penyelidik bidang penuaan sihat.
- Saringan Kesihatan Percuma: Menerusi acara Hari Kesihatan, pengunjung disediakan pelbagai pemeriksaan percuma termasuk ujian kesihatan metabolik, penilaian penuaan kardiovaskular AGE, saringan mata AMD, pemeriksaan kesihatan tulang, serta penilaian postur badan.
- Sesi Perkongsian Pakar: Menampilkan ceramah khas daripada pakar gaya hidup sihat Taiwan, Breuss Wang (王明勇老师) menerusi tajuk "The Three Essentials of Living Well", serta Dr. Calvin Lim menerusi sesi "Restoring Health At The Core".
- Kolaborasi Hospital Antarabangsa: Menghimpunkan Health & Wellness Zone yang turut melibatkan konsultasi rawatan onkologi daripada St. Stamford Modern Cancer Hospital Guangzhou.
SURE-i yang ditubuhkan sejak 2014 akan terus memperkukuh ekosistem kesihatan pencegahan berasaskan bukti saintifik demi memastikan pengurusan kesihatan jangka panjang lebih mudah diakses oleh segenap lapisan masyarakat. Maklumat lanjut boleh didapati menerusi www.sure-i.asia.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


