"Saya Sangat Kagum" - Lelaki Dari British Ini Puji ETS Malaysia Atas Servis Yang Baik
Ramai juga yang memuji perkhidmatan KTM ini.
Kebiasaannya, jika kita hendak bercuti jauh ke negara lain, pasti kita akan menaiki pesawat betul tak?
Namun kini, anda boleh menggunakan perkhidmatan lain selain pesawat untuk ke sesebuah destinasi. Contohnya seperti kereta api.
Ya, kereta api kini sangat maju, bukan saja di luar negara malah di dalam Malaysia sendiri.
Baru-baru ini, seorang lelaki warga British memuji perkhidmatan menaiki Keretapi Tanah Melayu (KTM) dari Butterworth ke Kuala Lumpur di Facebooknya telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat posting itu di bawah:
Puji servis yang bagus disediakan ketika menaiki KTM
Menerusi posting tersebut, lelaki yang dikenali sebagai Barrow itu menulis dia menaiki KTM untuk merasai sendiri pengalamannya dari Butterworth ke Kuala Lumpur dengan berbelanja di tempat duduk business class berharga RM150.
Sepanjang perjalanan selama empat jam itu, Barrow kagum dengan perkhidmatan KTM ETS, malah membandingkannya dengan kereta api Thailand.
"Saya sangat kagum dengan segala-galanya tentang KTM ETS. Thailand perlu menaik taraf kereta apinya dengan segera. Saya tahu mereka mempunyai kereta api Red Line sekarang, tetapi mereka tidak pergi jauh. Inilah yang perlu kita bawa ke Chiang Mai," kata Barrow.
Puas hati dengan makanan tengah hari dari KTM ETS dan membandingkan pengalamannya dengan penerbangan
Barrow menyatakan bahawa selepas kereta api berlepas, dia disambut mesra oleh atendan kereta api yang menghidangkan makan tengah harinya. Mereka kemudian memberinya kopi, teh dan makanan ringan untuk menemaninya dalam perjalanan.
"Pengalaman yang sangat serupa dengan penerbangan," katanya.
Malah, dia juga kagum dengan gerabak restoran di dalam kereta api. Walaupun saiznya kecil, Barrow menganggap gerabak restoran itu sebagai salah satu aspek kereta api yang paling menarik kerana sambungannya dengan gerabak biasa yang lain.
"Saya sudah lama tidak merasai pengalaman seperti ini"
"Mudah-mudahan, Thailand akan mempunyai gerabak restoran menjelang Januari tahun depan,"katanya.
"Please share to the world" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut meninggalkan komen positif dan ada juga yang mahu mencubanya.
Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah meraih 3.1K likes, 391 comments dan 1.2K shares di Facebook.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Facebook:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!