seismik

SCSB Bakal Anjurkan Program 'Wacana Srikandi' Sempena Hari Wanita Sedunia Pada 5 Mac Ini

Pembelian tiket dan tempahan meja kini telah dibuka bagi yang berminat untuk hadir.

Cover image via Shah Alam Convention Centre (Facebook)

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Buat julung-julung kalinya, SACC Convec Sdn. Bhd. (SCSB) mengumumkan pelancaran program terbaharunya iaitu Wacana Srikandi sempena Hari Wanita Sedunia bertempat di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada 5 Mac depan

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SCSB, Azlina Amran, forum itu merupakan acara menarik sempena Wacana Srikandi menampilkan beberapa tokoh usahawan di Malaysia yang akan membicarakan aspek ekonomi dan sosial.

“Tiga ikon tersebut ialah Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Chatime Malaysia, Aliza Ali; Ketua Pegawai Eksekutif Avenys Malaysia Sdn Bhd, Aleeya Zailan dan penerima Anugerah Inspirasi Pesona Wanita Johor, Masitah Mohd Affandy yang akan terlibat dalam forum bual bicara wanita bertajuk Wanita Inspirasi Ikon Berkualiti pada program itu yang dihoskan oleh Fedtri Yahya.

“Forum ini dijangka memberikan pencerahan kepada tetamu yang hadir mengenai peranan wanita dalam dunia yang kian mencabar ini. Kami berharap perkongsian kejayaan mereka dalam bidang keusahawanan akan memberikan manfaat kepada mereka yang hadir,”
katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif SCSB, Azlina Amran

Image via Shah Alam Convention Centre (Facebook)

Wacana Srikandi itu akan dirasmikan oleh Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri

Mengulas lanjut, Azlina berkata, program Wacana Srikandi itu diadakan bertujuan untuk memperingati peranan wanita dalam pelbagai bidang dan memberikan inspirasi kepada generasi baharu untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan mereka.

“Program ini juga menjadi medium untuk berkongsi kisah pahit manis dan kejayaan tokoh-tokoh wanita kontemporari di Malaysia dengan harapan kisah mereka dijadikan panduan untuk menghadapi cabaran yang mendatang.

“Bertemakan ‘Memperkasa Wanita, Mengarus Perdana Gender’, program ini juga menawarkan pelbagai acara menarik yang akan menyentuh aspek keusahawanan, seni dan pembangunan diri,” kata Azlina.

Tambahnya lagi, penaja utama program itu ialah PKNS, Menteri Besar Incorparated, Worldwide Holdings Berhad, Selgate Corporation, Argania, Ferraflora dan kerjasama Thrillerz dan Ticket2u.

Difahamkan, program Wacana Srikandi ini juga bakal dihiburkan lagi dengan kehadiran beberapa penyanyi terkenal tanah air seperti Anuar Zain, Syamel dan Ernie Zakri.

Mereka yang berminat untuk menyertai program Wacana Srikandi boleh membuat pembelian tiket melalui www.myticket.asia.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: