Selangor Buka 50,000 Kuota Baharu Skim Mesra, Permohonan Bermula Hari Ini

Difahamkan, pembukaan kuota baharu itu khusus untuk warga Selangor yang memenuhi syarat ditetapkan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Harian Metro & NST

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kerajaan Negeri Selangor menyediakan 50,000 kuota baharu bagi pendaftaran Skim Mesra yang mula dibuka kepada orang ramai pada hari ini, 17 September

Menurut laporan Berita Harian, skim yang dikendalikan Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) itu menawarkan insentif kewangan RM150 setahun kepada warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) sebagai tanda penghargaan sempena bulan kelahiran mereka.

EXCO Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Anfaal Saari berkata pembukaan kuota baharu itu khusus untuk warga Selangor yang memenuhi syarat ditetapkan.

Bagi kategori warga emas, pemohon perlu berumur 60 tahun dan ke atas, merupakan warganegara Malaysia, selain berdaftar sebagai pengundi dan menetap di Selangor.

SAYS.com

EXCO Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Anfaal Saari

Image via Berita Harian

Sementara itu, pemohon kategori OKU wajib memiliki kad OKU yang sah daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta merupakan warganegara Malaysia tanpa had umur

Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan syarat berkaitan status pengundi dan tempat tinggal bagi kategori OKU mengikut umur pemohon.

"Kategori OKU pula, pemohon perlu mempunyai kad OKU sah daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan berstatus warganegara Malaysia tanpa sebarang had umur untuk pendaftaran.

"Dari segi syarat pengundi dan kediaman bagi kategori OKU, pemohon berumur 19 tahun dan ke atas, wajib mengundi serta menetap di Selangor.

"Sementara itu, bagi pemohon berumur 18 tahun dan ke bawah, syarat itu terpakai kepada ibu atau bapa mereka,"
katanya.

Sehingga kini, seramai 374,094 orang telah berdaftar sebagai ahli Skim Mesra, terdiri daripada 344,625 warga emas dan 29,469 OKU

SAYS.com
Image via NSTImage via

Daripada jumlah itu, seramai 233,616 penerima telah mengambil baucar yang disediakan.

Orang ramai yang memenuhi syarat kelayakan boleh membuat permohonan secara dalam talian bermula 8 pagi esok melalui portal rasmi Skim Mesra YAWAS.

Pendaftaran dibuka pada tahun ini, manakala manfaat berkenaan akan mula diagihkan kepada penerima pada 2027.

Sebarang pertanyaan atau bantuan berkaitan pendaftaran boleh dibuat menerusi talian hotline YAWAS di 03-5481 8800 atau e-mel [email protected].

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik