seismik

Selepas 12 Tahun, Pembunuh Kejam Adik Dirang Dilaporkan Kekal Dihukum Gantung

Difahamkan, pembunuh tersebut telah insaf dan meminta supaya dihukum penjara 40 tahun.

Cover image via Kosmo!

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bekas buruh kontrak yang membunuh kanak-kanak Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang dalam kejadian tragis 12 tahun lalu, dilaporkan kekal dihukum gantung sampai mati

Menurut laporan Kosmo!, keputusan itu dibuat oleh tiga panel hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat selepas menolak permohonan Muidin Maidin, 37, selaku pemohon bagi semakan mengetepikan hukuman mati yang dijatuhkan ke atasnya.

Hakim Tengku Maimun berkata, keputusan mengekalkan hukuman gantung itu dibuat selepas mahkamah mengambil kira secara keseluruhan kejadian yang berlaku.

"Mengambil kira kejadian kes ini, permohonan pemohon (Muidin) ditolak, hukuman mati dikekalkan," katanya.

Image via Kosmo!

Pertuduhan terhadap Muidin dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati

Mengikut pertuduhan, Muidin dituduh membunuh Dirang yang berusia 4 tahun 9 bulan, di ladang kelapa sawit di Jalan Suria 47, Bandar Seri Alam, Masai di Johor Bahru antara pukul 11.30 pagi, 1 Mac dan 12 tengah malam pada 2 Mac 2012.

Kes tersebut diklasifikasikan sebagai satu kejadian tragis yang mana mangsa ketika kejadian baru berusia empat tahun dan dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli mi segera dan telur. Pemohon (Muidin) kemudian telah membawa mangsa ke kebun kelapa sawit dan di situ mangsa dibunuh dan dibakar.

Menurut Timbalan Pendakwa Raya Mohd. Amril Johari, terdapat juga kesan asid deoksiribonukleik (DNA) milik tertuduh dalam kemaluan dan dubur mangsa.

Image via Google

Sementara itu, peguam pemohon, Nik Mohamed Ikhwan Nik Mahamud yang mewakilinya meminta mahkamah membenarkan semakan dengan mengetepikan hukuman gantung itu

Kata peguam itu, sejak berada di dalam penjara pada tahun 2012, anak guamnya banyak mendekatkan diri dengan aktiviti keagaaman dan telah insaf.

"Sepanjang 12 tahun dipenjara, pemohon banyak menyertai aktiviti keagaamaan dan motivasi yang dianjurkan penjara. Pemohon menerima sekiranya mahkamah menggantikan hukuman mati kepada penjara maksimum 40 tahun," katanya.

Mendengar hujah peguam itu, Mohd. Amril membantah dengan mengatakan meskipun Muidin telah insaf, tapi itu tidak mencukupi untuk menebus perbuatan kejam dengan apa yang telah dilakukannya terhadap adik Dirang.

Pada 1 Mac 2012, misteri kehilangan Dirang terjawab apabila laporan Jabatan Kimia mengesahkan ujian DNA ke atas mayat rentung yang dijumpai di sebuah lubang di tapak perumahan terbengkalai di Nusa Damai, Masai, Johor pada 8 Mac 2012 adalah milik mangsa.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: