seismik

Sempena Hari Keputeraan YDPA, Rakyat Dapat Cuti Pada Isnin Pertama Bulan Jun Setiap Tahun!

Daulat Tuanku!

Cover image via Astro Awani

Kerajaan telah bersetuju untuk meminda Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah daripada 6 Jun kepada 8 Jun 2020 bersamaan hari Isnin

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan, hari ini.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan di laman Facebook miliknya itu, Mohd Zuki berkata kerajaan juga telah bersetuju bahawa Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah adalah pada hari Isnin pertama bulan Jun setiap tahun mulai tahun 2021 sepanjang tempoh pemerintahan.

"Hari Keputeraan Rasmi Baginda adalah pada Isnin pertama bulan Jun setiap tahun.

"Hari Keputeraan Rasmi ini adalah diisytiharkan sebagai hari kelepasan am," kata kenyataan itu.

Alhamdulillah. Daulat Tuanku! Mesti rakyat Malaysia seronok dengan berita ini bukan?

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Artikel berkaitan:

You may be interested in: