seismik

Senarai Hotel & Restoran Yang Sediakan Hidangan Bufet Untuk Sahur 2024

Sekali sekala nak cuba boleh ni.

Cover image via Pullman Kuala Lumpur & The Yum List

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bila cakap mengenai bufet Ramadan pasti terlintas dalam fikiran untuk iftar atau berbuka puasa saja kan?

Iyalah, siapa saja yang tak mahu makan banyak selepas seharian berpuasa. Perut pula dah tak sabar lihat makanan bufet yang disediakan.

Namun, tahukah anda sebenarnya ada hotel yang menyediakan bufet bukan saja untuk iftar tetapi untuk sahur juga.

Jadi, dapatlah rasa kelainan sedikit sahur di hotel betul tak? berbanding jika selalu iftar di hotel. Bagi anda yang teringin nak sahur di hotel, jom kami kongsikan kepada anda antara beberapa bufet yang ditawarkan di sekitar Lembah Klang.

1. Restoran Sedap, Hotel Pullman Kuala Lumpur

Tarikh: 10 Mac hingga 9 April 2024

Masa: 4.30 pagi hingga 5.30 pagi

Harga: RM50 Dewasa dan RM25 Kanak-kanak (Berumur 6 hingga 12 tahun)

Kanak-kanak di bawah umur 6 tahun makan secara percuma.

Untuk tempahan klik di sini.

2. Melting Pot Cafe, Hotel Concorde Shah Alam

Tarikh: 12 Mac hingga 9 April 2024

Masa: 3.30 pagi hingga waktu Imsak

Harga: RM66 Dewasa dan RM33 Kanak-kanak (Berumur 5 hingga 12 tahun)

Untuk tempahan klik di sini.

3. Restoran Zende, Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur

Tarikh: 12 Mac hingga 9 April 2024

Masa: 2.30 pagi hingga 5.00 pagi

Harga: RM50 Dewasa, RM25 Kanak-kanak (Berumur 5 hingga 12 tahun) dan RM40 Warga emas.

Untuk tempahan klik di sini.

4. Hotel Grand Barakah Kuala Lumpur

Image via Grand Barakah

Tarikh: 11 Mac hingga 9 April 2024

Masa: 11 malam hingga 5.00 pagi

Harga: RM18 untuk semua peringkat umur.

Untuk tempahan klik di sini atau hubungi nombor di dalam poster.

5. Hotel Dorsett Grand Subang

Image via Dorsett Hotels

Tarikh: 12 Mac hingga 9 April 2024

Masa: 4.00 pagi hingga 5.30 pagi

Harga: RM78 seorang.

Untuk tempahan klik di sini.

Menarik juga kalau cuba bufet waktu sahur pula :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: