Sentuhan Batik Kontemporari Warnai Kemeriahan Aidilfitri Di IOI City Mall, Putrajaya

Salah satu tarikan utama tahun ini adalah Pameran Seni Batik oleh artis tempatan terkenal, Farah Mohan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via IOI City Mall Putrajaya

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pusat beli-belah terbesar di Malaysia, IOI City Mall, kini bertransformasi menjadi sebuah taman batik yang memukau sempena sambutan Meriah Aidilfitri 2026

Bermula 27 Februari hingga 5 April 2026, pengunjung bakal disajikan dengan keindahan flora dan fauna tempatan yang diterjemahkan melalui motif batik tradisional dalam sentuhan reka bentuk kontemporari.

Dekorasi berskala besar yang menghiasi ruang utama pusat beli-belah ini menggabungkan struktur moden dengan palet warna segar, mewujudkan suasana perayaan yang elegan dan ceria bagi menyambut keluarga serta komuniti yang berkumpul pada musim Raya ini.

SAYS.com
Image via IOI City Mall Putrajaya

Keunikan seni batik Farah Mohan

Salah satu tarikan utama tahun ini adalah Pameran Seni Batik oleh artis tempatan terkenal, Farah Mohan, yang terletak di LG East Wing. Pameran ini menampilkan interpretasi moden terhadap kraf tradisional, membuktikan seni batik tetap relevan merentasi zaman.

Bagi peminat seni, bengkel batik eksklusif bersama Farah Mohan akan diadakan pada 14 Mac, di mana peserta berpeluang mempelajari teknik mencanting dan mewarna secara langsung untuk menghasilkan karya peribadi.

Bagi menyemarakkan lagi semangat "Meriah Aidilfitri", IOI City Mall menyediakan pelbagai persembahan tradisi yang mempesonakan, antaranya:

  • Persembahan Pentas: Dikir barat, demonstrasi silat, tarian joget, dan kuda kepang.
  • Muzik Tradisional: Gamelan dan gema kompang di kawasan Symphony West dan East.
  • Pasar Perayaan: Ruang jualan di LG East Court menawarkan pelbagai juadah, biskut Raya, serta busana tradisional untuk persiapan lebaran yang lengkap.
SAYS.com
Image via IOI City Mall PutrajayaImage via

Ganjaran eksklusif puat pengunjung

Pengurus Besar IOI City Mall, Wilfred Wong, menyatakan komitmen pusat beli-belah itu untuk mencipta pengalaman yang bermakna buat pengunjung. Selain menikmati suasana, ahli CLUB IOI berpeluang menebus ganjaran eksklusif berdasarkan perbelanjaan mereka:

  • RM250 (1 resit): 1,000 mata CLUB IOI.
  • RM500 (Terkumpul): Sampul Raya dan beg lipat.
  • RM1,000: Set rumah perayaan DIY "Rumah Meriah Aidilfitri".
  • RM3,500: Kusyen seni batik eksklusif hasil rekaan Farah Mohan.

Pemegang kad kredit AEON turut menikmati had perbelanjaan kelayakan yang lebih rendah untuk setiap peringkat penebusan ini.

Kempen Meriah Aidilfitri ini bukan sahaja menjadi destinasi beli-belah, malah lokasi pilihan untuk sesi fotografi perayaan yang instagrammable bagi merakam memori bersama insan tersayang. Maklumat lanjut boleh didapati di www.ioicitymall.com.my.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via