seismik

Ada Lelaki Cakap Video 'Hantu Kebaya Merah' Tu Sengaja Dibuat Olehnya Untuk Bodohkan Orang

Pun boleh.

Cover image via YouTube & WhatsApp

Pada masa ini, rata-rata anda pastinya sudah pun menonton video seram 'hantu kebaya merah' yang mula viral sejak semalam

Image via blogspot.com

Video itu menunjukkan seorang lelaki dan rakannya sedang memandu melalui sebatang jalan raya gelap pada jam 3.25 pagi apabila kelibat wanita berkebaya merah muncul beberapa kali di tepi jalan.

‘Hantu’ yang sama kelihatan muncul di tiga lokasi berbeza sepanjang jalan tersebut sebelum tiba-tiba muncul di tengah jalan sehingga menyebabkan pemandu terpaksa menghentikan kenderaannya sebelum berpatah balik.

Difahamkan, kejadian itu berlaku di Kulim, Kedah.

Video berdurasi 56 saat itu mendapat perhatian meluas dari netizen yang masing-masing berasa seriau dan takut selepas menontonnya.

Lihat video di bawah:

Seram kan? Nampak macam real pun ada.

Cuma, ada seorang lelaki mendakwa bahawa video itu sebenarnya sengaja dibuat oleh beliau dan rakan-rakan bagi tujuan memperbodoh orang ramai.

Satu screenshot perbualan di WhatsApp telah tersebar semalam menunjukkan seorang lelaki mengaku telah berpakat dengan 3 hingga 4 rakan wanita supaya mengenakan pakaian kebaya merah yang sama di laluan itu.

Menurutnya lagi, dia sengaja merakam video berkenaan dengan tujuan ‘memperbodohkan’ orang ramai dengan kewujudan hantu berkenaan.

“Aku pakat dengan 3..4 orang member.. Masing2 pakai baju kebaya yg sama warna… Lepas tu.. soh (suruh) depa dok di 3..4 lokasi yg berbeza.."

Image via ismaweb.net

Apabila cuba dihubungi, lelaki itu tidak menjawab telefon.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superitendan Ahmad Nasir Jaafar mengesahkan bahawa tiada laporan polis diterima oleh pihaknya berkenaan video kejadian berkenaan

"Kami mendapati video yang dirakam itu lebih kepada perbuatan individu atau kumpulan nakal yang bertujuan untuk menakutkan pengguna jalan raya di kawasan itu terutama di waktu malam,

"Perbuatan ini sama jugalah seperti kes di Taman Pinang Jaya, Bukit Pinang pada Januari lalu di mana ada kanak-kanak nakal yang sengaja berpakaian seperti ‘hantu pocong’ untuk menakutkan orang ramai terutama kanak-kanak melalui jalan di kawasan itu," katanya kepada NSTP.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Layan...

You may be interested in: