seismik

Kami Naik ETS Ke Kedah & Alami Sendiri Pengalaman 'Awesome'. Banyak Tempat Menarik Weh!

Pernah tak terfikir nak jalan-jalan naik kereta api untuk pusing satu Malaysia?

Cover image via Eiida Khaleeda

Bila bercakap tentang road trip di sekitar Malaysia, pasti ramai yang lebih memilih untuk menaiki kereta, bas atau kapal terbang. Sebab apa? Lebih mudah dan cepat.

Jaranglah kita dengar orang memilih untuk menggunakan kereta api kerana ramai menyangkakan bahawa pengangkutan tersebut mengambil masa yang lama dan melecehkan. 

Rasanya ramai yang tak tahu bahawa kereta api di Malaysia ini dah dinaik taraf dan sebenarnya sangat selesa terutamanya kalau menggunakan Electric Train Service (ETS).

ETS, Kelas Perniagaan

Image via Eiida Khaleeda

Bukan sahaja masa perjalanan dapat disingkatkan malah terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan di atas tren yang pastinya akan membuatkan pengguna tidak akan bosan ketika menaikinya.  

Selain itu, turut disediakan kemudahan mengecas peralatan elektrik, surau, tandas dan juga kafe. Wow, mudahlah kalau begitu!

Cafe di dalam ETS

Image via Eiida Khaleeda

Tahukah anda? perjalanan ke Kedah menggunakan ETS hanya mengambil masa lima jam sahaja?

Rasanya ramai yang masih tidak tahu keindahan negeri Kedah yang terletak di utara tanah air. Sebenarnya banyak tempat-tempat menarik boleh dilawati ketika berada di negeri yang terkenal dengan jelapang padinya itu.

Selain itu, kepada penggemar sejarah, negeri tersebut juga merupakan salah satu kerajaan awal yang terletak di Semenanjung Tanah Melayu iaitu Kedah Tua. Banyak peninggalan sejarah yang boleh ditemui di Kedah seperti candi dan juga tapak-tapak arkeologi yang terletak di Sungai Petani, kini menjadi pusat penyelidikan untuk tamadun tersebut.

Malah, tapak tersebut juga turut dibuka kepada pengunjung yang ingin lebih memahami tamadun awal manusia terutamanya di tanah melayu. Kalau mahukan lebih info, boleh juga melawat Muzium Arkeologi Lembah Bujang yang terletak di kaki Gunung Jerai. 

Salah satu candi di Muzium Arkeologi Lembah Bujang

Image via Eiida Khaleeda

Kepada mereka yang sukakan alam sekitar boleh melawat ke Bakau Hijau iaitu Geo Park terbesar di negeri Kedah

Bukan itu sahaja, terdapat juga kemudahan boat house dan hotel ala kampung kepada mereka yang ingin menginap di kawasan paya bakau serta pengunjung boleh mencuba tiram yang dibela sendiri oleh orang kampung di sana dan juga makanan laut lain. 

Dipercayai, kawasan Bakau Hijau turut menerima pelancong dari serata dunia dan dikagumi dengan keindahan kawasan tersebut. 

Bakau Hijau

Image via Eiida Khaleeda

Kalau dah ke Sungai Petani, tak sah kalau tak singgah di pekan Alor Setar!

Alor Setar terletak kira-kira satu jam dari Sungai Petani dan juga mempunyai tarikannya yang tersendiri. Namun begitu, pengalaman melawat pekan itu akan lebih bermakna jika anda ke Menara Alor Setar. 

Kalau bernasib baik, anda akan disajikan dengan pemandangan satu pekan Alor Setar serta boleh melihat Pulau Langkawi dan juga Thailand (jika cuaca mengizinkan). Dengan ketinggian 165.5 meter, menara itu juga ada restoran berputar tau! 

Pemandangan daripada Menara Alor Setar

Image via Eiida Khaleeda

Dalam pada itu, jangan lupa juga untuk melawat Muzium Padi, Masjid Zahir, Muzium Diraja, Kompleks Kelahiran Mahathir Mohamad dan buat penggemar shopping pula, boleh singgah ke Pekan Rabu

Pekan Rabu merupakan tempat ikonik pilihan penduduk tempatan dan juga pengunjung kerana terdapat pelbagai barangan dengan harga yang mampu milik. Lagipun, barang-barang tersebut memang susah nak dapat kat tempat lain tau.

Image via Eiida Khaleeda

Daripada peninggalan sejarah hinggalah kepada tarikan-tarikan menarik di Kedah. Sayang betul kalau anda semua tidak melawat negeri ini!

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Boleh juga baca artikel ini bagi sesiapa yang nak bercuti:

You may be interested in: