Ini Tips Paling Lengkap Untuk Bawa Keluarga Bercuti Ke Cameron Highlands. Jimat & Simple!
Simple je! Tak perlu itinerari yang menyerabutkan dan memakan kos yang banyak.
Kalau nak pilih tempat bercuti, mestilah anda akan pilih tempat yang betul-betul menjadi pilihan dan kesukaan keluarga, ye dak? Pemilihan destinasi percutian adalah sangat penting sebenarnya.
Jika anda jenis yang sukakan tempat yang sejuk, berangin dan baby-friendly tanpa perlu travel ke luar negara, jangan risau, dalam Malaysia pun ada. Contohnya seperti Cameron Highland yang terletak di Pahang.
Lokasi ini merupakan tempat paling sesuai untuk anda bawa seisi keluarga lebih-lebih lagi jika anda ada anak kecil. Sangat baby-friendly. Lokasi yang sejuk, cantik untuk bergambar dan boleh juga bersantai-santai.
Seperti perkongsian seorang lelaki iaitu Ammar Zakwan di laman Facebook tentang pengalamannya ketika di Cameron Highlands bersama keluarga yang telah mendapat perhatian ramai. Menarik!
Untuk penjimatan masa dan kos yang murah serta jimat, boleh ikuti tips di bawah:
Nak jimat masa dan cepat:
1) Kami exit tol Tapah dari Duta.
2) Jalan dari Tapah ke Cameron sangat teruk, tapi kereta tak banyak.
3) Alternative lain exit simpang Pulai yang lebih selesa.
Untuk penginapan yang best dan murah:
1) Kami check in Hotel Kea Garden Guest House (kami book online 3 hari 2 malam dekat Booking.com dengan harga RM360 | katil king).
2) Hotel Kea Garden memang terbaik sbb ada taman bunga sendiri (org luar pun datang untuk ambil gambar).
3) Hotel kami bersebelahan dengan pasar Kea Farm.
4) Nak ke Kea Farm sangat jam dan susah parking kalau tanah rata dan brinchang.
Apa yang akan membuatkan anda tertarik dengan tempat ini?
1) Sayur dijual dengan harga RM10 dan 7 jenis.
2) Kemudian kami pergi ke Cameron Lavender Garden (Waze dalam 15 minit sebab jam).
3) Masuk seorang RM10 sahaja.
4) Waffle Chocolate + Peanut Butter RM4. Sedap!
5) BOH Sungai Palas tutup pukul 5 pm.
6) Sediakan payung sebab takut hujan kerana anda perlu jalan kaki dan naik tangga dari tempat parking kereta.
7) Steamboat Taman Abang yang viral dalam RM40 seorang.
8) Frozen food tak berapa banyak dijual.
9) Buffet akan tambah kalau habis (ada juga Nasi Lemak, Bihun dan Nasi Goreng).
10) Nasi Lemak Sambal Strawberry di Kampung Sedia dengan harga RM10 sahaja.
11) Hot Chocolate memang sedap!
12) Cameron Valley Tea House memang terbaik!
13) Air Teh semua mahal. Haha.
Dah bercuti, memang tak sah kalau tak beli buah tangan bukan? Boleh berjimat dalam berbelanja dengan mengikuti tips ini:
Jika anda ingin membawa pulang buah tangan pula, boleh tengok list di bawah:
1) Beli lah cactus dekat Cactus Point.
2) RM11 dapat 6 pot kecik.
3) Kunjungi pasar malam.
Sedapnya! Memang akan terliur dengan strawberi di Cameron, lebih-lebih lagi jika anda masih belum pernah jejak kaki di sana!
Dah puas berjalan, jom balik!
1) Balik lalu Tapah juga.
2) Pastikan sebelum gerak sebelum malam sebab tak ada lampu jalan dan jalan yang teruk.
So tunggu apa lagi? Sediakan duit yang banyak semua bnde mahal. Sebab dalam Malaysia pun mcm melancong di Europe. Sediakan sweater, cuaca berubah-rubah. Nak berak RM0.50 sen.