seismik

Produk Ribena Yang Anda Beli Mungkin Telah Tercemar Dan Ditarik Balik. 'Take Note'!

Syarikat pengeluar Ribena turut menghentikan penghantaran semua minuman ini.

Cover image via telegraph.co.uk

Pengeluar Ribena telah mengeluarkan notis penarikan semula untuk beberapa minuman di pasaran Malaysia melalui kenyataan rasmi di Facebook

Suntory, pengeluar Ribena berkata dalam kenyataan semalam bahawa mereka telah memutuskan untuk menarik balik beberapa minuman di pasaran Malaysia berikutan kesilapan dalam proses pembotolan.

"Siasatan awal mengenai proses pembuatan telah menyebabkan kami mengesyaki bahawa produk terdedah kepada udara semasa proses pembotolan. Ini boleh menyebabkan kualiti produk untuk luput lebih awal daripada tarikh yang tertera," kata syarikat itu.

Berikut adalah senarai produk yang terjejas, bersama tarikh luput masing-masing, yang sedang ditarik balik:

Image via Ribena Malaysia

Penarikan semula ini melibatkan minuman di bawah jenama 'RIBENA Concentrate'.

Lee Hon Tong, Pengurus Besar Serantau Suntory untuk Malaysia, Hong Kong, dan Singapura memberitahu bahawa Suntory telah menghentikan penghantaran semua minuman yang terjejas dari kilangnya di Shah Alam kepada para pengedar dan rakan perdagangannya.

Walau bagaimanapun, syarikat itu yakin bahawa produk lain tidak terjejas oleh kesilapan ini

Image via Ribena Malaysia

"Produk lain seperti Sparkling RIBENA, Pouch Pack, Minuman Packet, Botol PET, dan Pastilles tidak terjejas. Rangkaian produk ini terus tersedia dan dijual seperti biasa," ujar syarikat itu lagi.

Untuk maklumat lanjut dan kemas kini mengenai penarikan semula, layari Facebook Ribena Malaysia atau hubungi pasukan khidmat pelanggan mereka di 1800-88-6200.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Anda dah apply ke belum?

You may be interested in:

Leave a comment