Shuib Meriahkan Jelajah Fernleaf Di PPR Kampung Baru Air Panas, Imbau Nostalgia Susu Tepung Keluarga

PPR Kampung Baru Air Panas merupakan hentian pertama bagi siri jelajah komuniti di bawah kempen "Kebaikan Nutrisi untuk Setiap Generasi".

Enlarge text
Cover ImageCover image via Fernleaf Malaysia

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kebiasaan kemunculan selebriti di sesuatu acara yang sekadar sesi bergambar singkat terbukti berbeza di PPR Kampung Baru Air Panas baru-baru ini apabila pelawak dan penyampai radio popular, Shuib Sepahtu, memilih untuk meluangkan masa bersama penduduk sepanjang program berlangsung

Kehadiran Shuib bukan sahaja mengundang keterujaan warga komuniti tempatan, malah kesungguhannya menyertai pelbagai aktiviti bersama penduduk mencuri perhatian ramai.

Beliau tampil selesa bergaul tanpa kekok menerusi pelbagai peranan seperti menjadi hos permainan, membantu mengagihkan minuman, mencuba demonstrasi masakan, sehinggalah mengadili pertandingan memasak yang dianjurkan.

Suasana program penuh dengan gelak tawa dan sorakan mesra apabila Shuib turut melayan ramah pelbagai lapisan umur yang hadir, merangkumi kanak-kanak, ibu bapa, hingga warga emas.

SAYS.com
Image via Fernleaf MalaysiaImage via

Hentian pertama bagi siri jelajah komuniti di bawah kempen "Kebaikan Nutrisi untuk Setiap Generasi"

Penganjuran di PPR Kampung Baru Air Panas ini merupakan hentian pertama bagi siri jelajah komuniti di bawah kempen "Kebaikan Nutrisi untuk Setiap Generasi" anjuran jenama susu terkenal, Fernleaf. Kempen ini bakal berlangsung selama tiga bulan di beberapa lokasi strategik sekitar Semenanjung Malaysia sebelum menganjurkan kemuncaknya di Karnival Jom Heboh Kuala Lumpur pada November depan.

Menerusi inisiatif turun padang ini, Fernleaf berhasrat mendekati masyarakat Malaysia secara terus bagi membuktikan bahawa pengambilan susu tepung kekal relevan dalam memenuhi keperluan nutrisi kehidupan keluarga masa kini.

Bagi merancakkan lagi kempen berkenaan, rakyat Malaysia dijemput menyertai peraduan "Minum Fernleaf & Menang" yang berlangsung bermula 1 September hingga 31 Oktober 2026. Peserta berpeluang membawa pulang pelbagai hadiah menarik, termasuk hadiah utama berupa sebuah kenderaan elektrik (EV) tempatan, Proton e.MAS 5 Prime.

SAYS.com
Image via Fernleaf Malaysia

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: