seismik

Shuttle Smash: Badminton League - Jadi Pemain Terhebat Menerusi Peranti Mudah Alih

Setiap pemain boleh memilih tahap kesukaran untuk bermain iaitu easy, medium dan hard.

Cover image via Shuttle Smash

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Artikel ini ditaja oleh Mason Games.

Badminton adalah sukan yang sangat diminati dan dikenali ramai di serata Asia

Badminton juga lebih dikenali sebagai sukan yang penuh aksi dan telah memberikan banyak inspirasi terutamanya di peringkat pertandingan profesional.

Untuk itu, didatangkan khas untuk peminat badminton, Shuttle Smash: Badminton League kini hadir dalam permainan badminton untuk semua. Permainan mudah alih 3D ini membawa sukan badminton ke peranti mudah alih anda.

Permainan ini dicipta oleh Mason Games, pengeluar permainan video Malaysia yang dikenali ramai dengan inspirasi Asia dalam permainan video mereka. Untuk itu, Shuttle Smash: Badminton League kini menjadi permainan terbaru Mason Games.

Objektif permainan video ini adalah untuk mengalahkan lawan badminton anda untuk menjadi yang terbaik dalam liga badminton. Shuttle Smash berjaya membawa rasa perlawanan badminton sebenar dan mengikut ketat peraturan rasmi yang ditetapkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Setiap pemain boleh memilih tahap kesukaran untuk bermain iaitu easy, medium dan hard. Dalam mod Casual, pemain perlu mendapatkan lebih dua mata daripada pihak lawan untuk menang.

Para pemain Shuttle Smash juga boleh membuat avatar mereka tersendiri

Mod Tournament Shuttle Smash pula menggunakan mata tradisional 21 untuk menang. Bagi membawa lagi rasa realistik, pemain boleh memilih cara untuk serve dan mengikut peraturan dan larangan badminton.

Para Shuttle Smash juga boleh membuat avatar mereka tersendiri. Lebih tinggi anda menaiki tangga liga, lebih banyak peluang anda untuk mengubah avatar dengan jersi baharu dari shop.

Peminat tegar juga boleh menjadi juara dunia kegemaran mereka termasuk, Datuk Lee Chong Wei, Lin Dan dan Viktor Axelsen dalam Shuttle Smash. Dengan hanya kawalan mudah, pemain boleh meniru tembakan net sama seperti pemain-pemain lagenda tersebut.

Image via Shuttle Smash

Shuttle Smash: Badminton League menggunakan kawalan mudah untuk semua orang dengan menggunakan jari sahaja untuk taphold dan drag.

Banyak jenis pukulan boleh dibuat dari pukulan lob, pukulan drop shots dan sudah semestinya pukulan smash. Setiap kemahiran ini menjadi kunci untuk menjadi juara dunia.

Tambahan lagi, permainan ini juga memperkenalkan papan pendahulu mengikut negara untuk mengumpul mata bagi negara mereka sendiri dan setiap trofi dan mata akan dikemaskinikan secara langsung.

Image via Shuttle Smash

Selepas setiap perlawanan, anda boleh melihat iklan untuk mendapatkan lebih banyak coins untuk membeli pelbagai jenis jersi yang diinspirasikan dari negara-negara yang terkenal dengan badminton.

Jangan lupa muat turun Shuttle Smash: Badminton League di Google Play Store dan Apple App Store untuk menjadi pemain badminton terhebat!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik