"Siap Ada Lagu" - Pengantin Ini Dapat Sambutan Sebab Pergi Pasar Malam Pakai Baju Nikah
Macam majlis dia dekat situ!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Buat pasangan pengantin, hari pernikahan adalah momen yang paling indah dan pasti akan diingati selamanya
Sudah pasti, pelbagai persiapan telah dilakukan daripada hujung rambut hinggalah hujung kaki. Semuanya amat dititik beratkan. Iyalah, mesti nak nampak segak dan cantik kan.
Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila sepasang pasangan pengantin baru singgah di pasar malam sambil memakai baju kahwin telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Pergi pasar malam pakai baju nikah, DJ sempoi pasang lagu pengantin baru
Menerusi video tersebut, kelihatan sepasang pasangan pengantin sedang berada di sebuah pasar malam yang tidak diketahui lokasinya.
Difahamkan, mereka baru saja bernikah pada hari tersebut dan mengambil keputusan untuk singgah di pasar malam berdekatan.
Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah setibanya pasangan itu di pasar malam, kehadiran mereka mencuri tumpuan orang di situ dan juga DJ yang bertugas. Malah, DJ tersebut turut memainkan lagu pengantin baru bagi meraikan pasangan itu.
"Paling rare, ramai tetamu makan bayar sendiri. Hahaha" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan reaksi mereka masing-masing mengenainya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 720.4K views, 114.7K likes dan 1,698 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok: