seismik

Simpan Spray Iron Dalam Kereta, Wanita Jadi Saksi Cermin Kereta ‘Meletup’

Beware semua, terutamanya wanita yang suka menyimpan barangan bahaya di dalam kenderaan.

Cover image via Twitter @ayuazizz

Untuk mereka yang memiliki kenderaan, terdapat perkara perlu diambil kira termasuklah penjagaan luaran dan dalaman kenderaan tersebut

Gambar sekadar hiasan.

Image via Voiz Asia

Penjagaan serta penyelenggaraan yang tidak rapi akan mengakibatkan kerosakan pada kenderaan dan menyebabkan anda mengeluarkan ratusan malah ribuan ringgit bagi menampung kos baik pulih.

Sebab itulah sebagai pemilik kenderaan, anda perlu mengetahui cara terbaik untuk memastikan kenderaan anda sentiasa berada di dalam keadaan yang baik dan terpelihara.

Namun begitu, ramai yang mungkin 'terlepas pandang' untuk turut memastikan bahawa kenderaan juga perlu sentiasa berada dalam kondisi yang selamat

Ia adalah termasuk meletakkan kenderaan di tempat yang kurang panas, selamat serta memastikan ia dikunci dengan steering lock sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Malah, anda juga diingatkan untuk tidak meletakkan barangan yang merbahaya di dalam kenderaan lebih-lebih lagi jika kenderaan anda diletakkan di bawah cuaca yang terlalu panas.

Ini kerana kemungkinan untuk cermin kenderaan anda meletup adalah lebih tinggi.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Duduk Bersila

Bahaya!

Seperti kes yang terjadi baru-baru ini telah menyebabkan cermin kereta 'meletup' kerana terdapat iron starch yang diletakkan di dalam kenderaan tersebut

Perkongsian itu telah ditulis di laman Twitter @ayuazizz selepas dia menyaksikan kejadian itu sendiri. Pada mulanya dia menganggap bahawa cermin kereta tersebut telah dipecahkan oleh individu yang mungkin cuba untuk mencuri kereta atau barang yang ada di dalamnya.

Namun, apabila disiasat punca sebenar, ternyata ia disebabkan daripada tekanan botol spray yang ada di dalam kenderaan yang diletakkan di bawah cuaca panas.

Baca perkongsian penuh di bawah:

Perkongsian tersebut kini telah meraih lebih 14.2 ribu RTs dan 7 ribu likes ketika artikel ini ditulis.

Di bawah merupakan kondisi kenderaan tersebut selepas cermin pecah:

Susulan kejadian itu, ramai warganet turut memberikan nasihat dan tips berguna untuk mengelakkan perkara seperti ini terjadi:

Hati-hati semua!

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga tips berguna seperti di bawah:

You may be interested in: