KWSP Petaling Jaya Ditutup 6 Bulan, Namun Semua Transaksi Dan Operasi Tidak Terjejas
Semua urusan di bangunan KWSP Jalan Gasing diberhentikan buat sementara waktu.
Cover image via Berita HarianBangunan KWSP di Petaling Jaya yang terbakar [semalam] (http://says.com/my/seismik/video-40-bangunan-kwsp-jalan-gasing-petaling-jaya-terbakar-apa-puncanya#segment-230388) akibat percikan api kerja penyelenggaraan itu telah menimbulkan kerisauan apabila viral kenyataan yang menyatakan sistem KWSP akan tergendala selama 6 bulan
Memetik laporan Free Malaysia Today, siasatan akan dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian kebakaran di Petaling Jaya dan juga menilai semula semua langkah-langkah keselamatan ke atas semua bangunan KWSP di seluruh negara.
Walau bagaimanapun, KWSP telah menyatakan bahawa kenyataan itu adalah palsu dan memberi jaminan bahawa semua perkhidmatan kepada ahli dan majikan tidak terjejas dan segala operasi berjalan seperti biasa.
"Kami ingin memberi jaminan kepada ahli bahawa integriti maklumat dan simpanan ahli tidak terjejas," kata KWSP.
Image via Bernama
Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Shahril Ridza Ridzuan turut memuji usaha pantas pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam kebakaran terbabit
"Kami bersyukur kerana kami dapat menjamin keselamatan kesemua anggota dan pelawat ke cawangan dan pejabat kami.
"Kami mohon maaf kepada semua yang terkesan oleh kejadian ini dan berterima kasih kepada jabatan bomba yang bertindak pantas dan berjaya mengawal keadaan dalam masa 30 minit," jelasnya.
Image via New Straits Times
Datuk Shahril juga menyatakan pihaknya akan mengambil perhatian terhadap isu yang dinyatakan oleh Timbalan Ketua Pengarah JBPM bahawa kebakaran berpunca daripada percikan api ke atas lapisan pelindung bangunan
"Kami prihatin terhadap lapisan pelindung bangunan yang mungkin menjadi penyebab kepada kebakaran merebak dan sedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa.
"Walaupun kerosakan hanya terhad kepada bahagian luaran bangunan, saya telah mengarahkan supaya cawangan Petaling Jaya ditutup sehingga semua tindakan diambil bagi memastikan keselamatan bangunan," ujar beliau.
Image via New Straits Times
