seismik

Sistem Baru Tol Malaysia Ini Sangat Canggih, Pemandu Tak Perlu Perlahankan Kereta Pun

Selamat tinggal 'traffic jam' di tol.

Cover image via Sin Chew Daily

Sejak kebelakangan ini, kebanyakan plaza tol di Malaysia telah melaksanakan sistem elektronik tanpa tunai bagi memudahkan dan mempercepat pergerakan kenderaan

Image via de-envision.com

Walau bagaimanapun, penggunaan kad Touch n' Go dan SmartTAG di plaza tol mungkin akan berakhir dalam masa terdekat.

Ini kerana pihak berkuasa akan memperkenal sistem terbaru yang lebih canggih, moden, dan efisien dengan menggunakan teknologi Radio Frequency Identification (RFID)

Tag RFID.

Image via Sin Chew Daily

Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (MHA) Datuk Ismail Md Salleh baru-baru ini mengumumkan bahawa sistem pembayaran digital terbaru yang menggunakan sistem ETC (Electronic Toll Collection) berasaskan RFID ini akan menggantikan sistem yang sedia ada.

Sistem RFID yang bakal diaplikasi ini adalah lebih cekap dan lebih canggih daripada menggunakan kad Touch 'n Go dan SmartTAG untuk membayar di plaza tol.

Dengan sistem ini juga, pengguna jalan raya hanya perlu memasang tag khas pada kenderaan dan melalui plaza tol tanpa perlu memperlahan atau berhenti sepenuhnya. Sensor di plaza tol akan mengesan tag dan debit secara automatik.

Sistem baru ini akan diaplikasi secara berperingkat bermula dari Januari 2018

Sin Chew Daily melaporkan bahawa MHA sedang menjalankan percubaan untuk sistem baru ini sebelum membenarkan orang ramai menggunakannya seawal 28 Januari tahun depan.

Dalam masa yang sama, Ismail memberitahu tag RFID ini telah digunakan oleh polis dan pihak berkuasa lain seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat dan perkhidmatan ambulans. Kesemua perkhidmatan ini dikecualikan daripada membayar tol.

Pelaksanaan sistem ini dijangka dapat menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di plaza tol

Sisterm terbaru ini dikatakan serupa dengan sistem ERP yang digunakan oleh Singapura.

Image via mroach/Flickr via Coconuts

Selaras dengan sistem ETC berasaskan RFID yang baru, MHA juga merancang untuk melaksanakan sistem 'multi-lane free flow' (MLFF) yang akan menjadikan plaza tol bebas lorong.

Sistem MLFF sememangnya dapat memastikan aliran lalu lintas yang lebih cepat kerana pengguna jalan raya dapat melepasi plaza tol tanpa perlu memperlahan kenderaan.

Menurut Ismail, setiap plaza tol akan mempunyai sekurang-kurangnya satu lorong yang disediakan untuk menguji sistem baru ini. Pihak berkuasa kemudiannya akan meluaskan pengunaannya ke lebih banyak lorong apabila ia terbukti berkesan.

Sistem ini akan dilaksanakan sepenuhnya menjelang tahun 2020

Image via blogspot.com

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Pengguna SKVE sila beri perhatian:

You may be interested in: