Solat Dalam Waktu Kerja Bukan ‘Curi Masa’, Ini Panduan JTKSM Untuk Pekerja Muslim

Kerja penting, tapi solat lagi penting.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Google Gemini

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ramai pekerja Muslim mungkin tertanya-tanya, boleh ke keluar sekejap untuk solat ketika waktu kerja, atau nanti dianggap curi masa?

Tidak dinafikan, pekerja Muslim perlu diberikan ruang untuk menunaikan kewajipan solat.

Menurut garis panduan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), majikan hendaklah memberi pelepasan sekurang-kurangnya 20 minit bagi setiap waktu solat dan 1 jam 30 minit bagi solat Jumaat.

Pelepasan ini boleh diselaraskan dengan waktu rehat serta keperluan operasi tempat kerja.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google Gemini

Selain itu, majikan turut disaran menyediakan kemudahan seperti ruang solat yang bersih dan sesuai, sejadah, tempat wuduk serta petunjuk arah kiblat

Namun, pekerja juga perlu amanah. Masa yang diberikan hendaklah digunakan untuk solat dan tidak disalahgunakan untuk urusan lain.

Secara ringkas, jadual yang dinyatakan dalam garis panduan ialah:

Subuh: sekitar 5.40 pagi hingga 6.40 pagi

Zohor: sekitar 1.30 petang hingga 4.00 petang

Asar: sekitar 4.15 petang hingga 7.00 malam

Maghrib: sekitar 7.15 malam hingga 8.30 malam

Isyak: sekitar 8.30 malam hingga 5.30 pagi

Walau bagaimanapun, jadual ini bukan bermaksud semua negeri mempunyai waktu yang sama. Sebaliknya, pekerja perlu merujuk waktu solat rasmi negeri masing-masing.

Pendek kata, solat ketika waktu kerja bukan 'curi masa'. Ia merupakan kewajipan yang perlu dilaksanakan, manakala kerja pula tetap perlu dijalankan dengan penuh tanggungjawab.

Lihat perkongsian di bawah:

SAYS.com
Image via Menjawab Kemusykilan Agama (Facebook)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik