seismik

Something Big Is Coming! - Warga KL, Siap Sedia Untuk Festival Gegaria Pada 31 Mac Ini!

Lebih banyak aktiviti yang menarik kali ini! Let's have fun! :)

Cover image via GoGegaria / Facebook

Seperti yang anda tahu, Festival Gegaria telahpun berlangsung di Shah Alam, Johor Bahru, Kuantan dan Ipoh. Kali ini di mana pula?!

Kali ini Festival Gegaria masih akan berjalan seperti biasa untuk menghiburkan warga Kuala Lumpur pula! Sebuah festival dengan hiburan tanpa henti bermula dari pagi hingga ke malam.

Aktiviti menarik bermula dari makanan, permainan, muzik, sehinggalah kepada segala aktiviti yang berkaitan dengan fesyen, kecantikan, serta kecergasan dan kesihatan, semuanya ada di sini.

Sehari memang tak cukup sebenarnya, jadi pastikan anda mengambil tempat untuk beberapa perlawanan dan aktiviti yang dianjurkan di sana nanti. Kalau menang, mestilah ada hadiah menarik yang akan disediakan untuk semua.



Antara lokasi dan tarikh untuk Festival Gegaria akan datang bermula dari pukul 8 pagi - 11 malam!

  • 31 Mac 2018 | Pusat Pameran & Konvensyen Matrade, Kuala Lumpur
  • 7 April 2018 | Dataran Centrio Seremban 2, Seremban, Negeri Sembilan
  • 15 April 2018 | Amanjaya Mall, Sg. Petani, Kedah

Seperti biasa, anda perlu tahu aktiviti apa yang bakal dianjurkan di sana nanti. Kalau pernah berkunjung ke Festival Gegaria, mesti anda tahu!

Sebelum itu, jom check dulu aktiviti untuk anda semua!

Permainan Tradisional

Image via GoGegaria / Facebook

Booth E-Sports untuk penggemar game

Image via GoGegaria / Facebook

Giant Congkak juga ada

Image via GoGegaria / Facebook

Banyak sangat permainan menarik yang bakal disediakan untuk semua pengunjung tidak kira tua atau muda. Memang sangat sesuai untuk anda yang ingin bersantai bersama keluarga di hujung minggu. Kalau lapar pun boleh menikmati makanan yang bakal disajikan di sana. Pelbagai jenis makanan disediakan untuk anda nikmati.

Anda sukakan aktiviti yang menyihatkan? Jom join Fitness Dance Boleh ajak satu keluarga, kanak-kanak pun boleh!

Aktiviti Fitness Dance ini sesuai untuk semua peringkat umur, jadi jangan risau. Tak ada yang extreme pun, semua aktiviti adalah untuk anda lebih relax dan enjoy di festival ini.

Aktiviti Fitness Dance ini bakal dikelokakan oleh Hanif Shawn iaitu Instructor Fitness Dance anda semua nanti yang akan bermula pada jam 8:30am -10:30am. Jika anda ingin bersama-sama dengan mereka untuk melakukan aktiviti sihat ini, boleh mendaftarkan diri dan berpeluang mendapatkan goodie bag khas dengan barangan ekslusif Gegaria.

Macam mana nak register? KLIK DI SINI!

Merchandise Gegaria

Image via GoGegaria / Facebook

Ada juga tempat untuk anda mengimbau sejarah Malaysia iaitu Throwback Tunnel. Boleh tangkap gambar banyak-banyak dalam tunnel ini, memang menarik sangat!

Throwback Tunnel membawakan galeri berita New Straits Times Press (NSTP) dan semua gambar tinggalan sejarah dari tahun 1950-an hingga 2000.

Semua artwork ini telah direka khas oleh kakitangan NSTP dari AdStudio sempena meraikan pencapaian kejayaan Malaysia dalam pelbagai bidang. Menarik sangat bukan?

Throwback Tunnel ini akan dibuka bermula jam 8:30am hingga 8:30pm ya. Jangan lepaskan peluang untuk masuk!

Bukan itu sahaja, hari anda bakal dihiburkan dengan pelbagai aktiviti yang menarik seperti:

  1. CSR di Community Booth
  2. Fitness Dance
  3. E-games
  4. Life performances
  5. Throwback Tunnel
  6. Lifestyle Sharing Session dengan selebriti tanah air

Beramah mesra bersama selebriti terkenal tanah air, Elfira Loy

Image via GoGegaria / Facebook

Lifestyle sharing session bersama Influencer terkenal, Faiz Dickie

Image via GoGegaria / Facebook

Pelbagai aktiviti yang bakal merangkumi bidang gaya hidup, demo kecantikan, kerjaya, keusahawanan yang akan menampilkan ramai selebriti terkenal serta influencers dan instafamous!

Anda juga berpeluang untuk beramah mesra bersama mereka, nak selfie pun boleh sebagai kenangan.

Booth E-Sports terbuka untuk semua yang hadir! Jika anda seorang peminat tegar, boleh singgah di booth ini. :)

Booth MyGameOn eSports Zone ini membolehkan anda bermain game seperti:

1. Tournament eSports ‘FIFA Online 3’ – Hadiah terkumpul RM 10,000.

Lokasi : HappyGreen (Sri Johor) Klik sini untuk daftar.
Lokasi : Invasion (Taman Bukit Maluri, Kepong) Klik sini untuk daftar.

2.  Tournament 'Tekken 7' - Hadiah terkumpul RM3,000. 

Daftar di sini. Anda akan berentap di festival nanti! Tempat adalah terhad.

3. Challenge F1 Racing Stimulator - Hadiah terkumpul RM2,000.

Anda hanya perlu walk-in, tak perlu nak daftar lagi dah! Siapa cepat, dia dapat!

Apa pula ada di Booth Lifestyle ini?

Anda akan dihiburkan oleh semua influencer terkenal serta artis tempatan tanah air yang bakal berkongsi tentang pelbagai topik menarik!

Siapa influencer dan artis yang bakal menghiburkan anda nanti di Booth Lifestyle? Kita ada Elfira Loy, Bunkface, Chazynash, Faizdickie, Hanif Shawn dan ramai lagi yang akan berkongsi tips bersama anda!

Memang ramai yang akan singgah ke Booth Lifestyle untuk kenal artis kegemaran mereka dengan lebih dekat! Semua selebriti ini sporting dan cool! Bestnya!

Anda suka bergambar untuk upload di Instagram dan Insta-story?

Festival Gegaria membawakan untuk anda semua banyak tempat yang sememangnya Insta-worthy!

Jika anda seorang yang aktif dalam laman sosial Instagram atau Facebook semestinya menginginkan gambar yang cantik dan sesuai untuk di masukkan dalam Instagram anda!

Jangan risau, selain berhibur, anda juga boleh menangkap sebanyak gambar yang anda nak untuk mencantikkan lagi feed Instagram anda dengan warna-warni yang ada di festival ini. Memang cantik sangat!

Selain boleh berhibur, anda juga boleh menyelamatkan nyawa seseorang dengan menderma darah di booth yang disediakan serta menyemak status kesihatan anda

Nak check gigi pun boleh. Yang paling penting, ianya adalah PERCUMA untuk semua pengunjung Festival Gegaria ini!

Terlalu banyak aktiviti, memang tak cukup untuk satu hari!

Kalau anda nak tahu, crowd di Festival Gegaria Shah Alam, Johor Bahru, Kuantan dah Ipoh memang sangat ramai dan mendapat sambutan yang begitu memberangsangkan. Memang tak rugi jika anda ingin berkunjung untuk kali ke 5. Hehe

Perut dah lapar?

Jangan risau, Festival Gegaria ini bakal menyajikan makanan dari kesemua 14 negeri di Malaysia. Nyums!

Festival Gegaria ini bakal dimeriahkan dengan lambakan makanan tempatan dari kesemua 14 negeri. Kalau tak kenyang tak tahulah!

Bukan itu saja, Gegaria turut menampilkan Chef selebriti iaitu Chef Naem melalui sesi food demo di Booth Dapur Panas!


Nak tahu senarai makanan yang bakal ada di festival ini nanti? Baca di sini: Food Truck Dan Makanan Di Festival Gegaria

Festival Gegaria ini bakal dimeriahkan dengan lambakan makanan tempatan dari kesemua 14 negeri.

Setelah selesai, apa pula konsert penutup untuk Gegaria Entertainment yang akan diadakan pada waktu malam.

Anda bakal dihiburkan dengan persembahan yang begitu bertenaga oleh artis tempatan tanah air!

Anda akan dihiburkan oleh IamNEETA pada petang festival itu. Antara barisan artis terkenal yang bakal menghiburkan anda bermula jam 9:00 malam sehingga tamat konsert:

  • Bittersweet
  • Bunkface
  • Noh Salleh
  • Kugiran Masdo
  • Akim & The Majistret

Anda boleh buat Facebook Live atau post di Instastory masa konsert ini nanti dan jangan lupa untuk hashtag #GoGegaria #GegariaFest #KitaOK ya!

Jangan lupa untuk blok kalendar anda pada 31 Mac 2018 di Pusat Pameran & Konvesnyen Matrade, Kuala Lumpur untuk Festival Gegaria!

Jumpa anda di sana. :) #GoGegaria #GegariaFest #KitaOK

  • Tarikh: 31 Mac 2018
  • Lokasi: Pusat Pameran & Konvesnyen Matrade, Kuala Lumpur
  • Masa: 8 am - 11 pm

Jangan lupa follow Facebook dan Instagram Gegaria!

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Antara perkongsian lain yang menarik di SEISMIK: