"Tolong Kami, Bantu Kami" - KKM Rayu Penderma Darah A & B Untuk Tampil Segera
Boleh datang ke Pusat Darah Negara atau tabung darah berdekatan.
Umum sedia maklum, dengan situasi pandemik Covid-19 yang melanda negara ketika ini stok darah dilihat semakin berkurangan
Oleh itu, Kementerian Kesihatan Malaysia dalam posting terbarunya di laman Facebook, merayu kepada orang ramai khususnya kepada penderma darah jenis A dan B untuk tampil menderma darah.
Mereka yang ingin berbuat demikian di Pusat Darah Negara atau tabung darah berdekatan dengan kadar yang segera. Anda boleh memeriksa lokasi pendermaan darah yang dianjurkan Pusat Darah Negara di sini.
Selain itu, anda juga boleh terus ke pusat kutipan darah statik di kawasan Lembah Klang dan Putrajaya seperti berikut:
1. Pusat Darah Negara
Lokasi:
Pusat Darah Negara, Jalan Tun Razak, Titiwangsa, 50400 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Waktu operasi:
- Isnin hingga Jumaat: 7.30 pagi - 8 malam
- Sabtu hingga Ahad: 8 pagi - 6 petang
2. Midvalley Donation Suite
Lokasi:
Midvalley Donation Suite, Mid Valley Mega Mall, Lot 063, Tingkat 3 (Mezzanine), Sebelah Daiso Japan.
Waktu Operasi:
- Isnin hingga Ahad : 10 pagi - 9 malam
3. Suite Derma Darah Puspanita
Lokasi:
Suite Derma Darah Puspanita, Puspanitapuri, Lot PT 2280-2283 Persiaran Seri Perdana, Presint 10 Putrajaya.
Waktu Operasi:
- Isnin hingga Ahad: 10 pagi - 6 petang
Pendermaan darah berkala ini penting bagi menampung keperluan darah setiap hari.
Jalankan tanggungjawab sosial anda sekarang bagi membantu menyelamatkan nyawa pesakit yang memerlukan.