seismik

"Suami Sangat Berhajat Melontar Pada Waktu Duha," Luah Isteri Kepada Jemaah Yang Maut

Al-Fatihah diucapkan kepada mangsa, Zulkifly Samad yang meninggal dunia dalam tragedi rempuhan di Mina.

Cover image via SAYS

Isteri jemaah haji Malaysia yang terkorban dalam insiden rempuhan di Mina, redha dengan ketentuan Ilahi kerana suaminya sememangnya sangat berhajat untuk berjalan kaki dari Muzdalifah ke Mina, bagi melaksanakan ibadat melontar pada waktu duha (antara 7 pagi hingga 11 pagi)

Gambar kenangan Suriahanim bersama suami.

Image via www.utusan.com.my

Suriahanim Abd Hamid, 40, berkata pada awalnya beliau cuba menghalang suaminya, Zulkifly Samad, 50, berbuat demikian kerana tindakan itu nyata tidak mengikut nasihat Tabung Haji (TH) yang telah menetapkan waktu untuk jemaah Malaysia melakukan ibadat melontar di Mina, selepas 5.30 petang.

bernama.com
Image via pixshark.com

"Memang niatnya hendak berjalan kaki dari Muzdalifah ke Mina (selepas berwukuf di Arafah pada 23 September), kami naik bas bersama ke Muzdalifah (untuk bermabit) dari Arafah. Riak wajahnya berubah bila saya tidak bersetuju.

"Saya bersetuju akhirnya, arwah suami mahu berjalan kaki ke Mina (kira-kira 3 kilometer) sebagai mengikut Sunnah Rasullulah. Pada 7.30 pagi (24 September) saya menelefon suami dan suami maklumkan dia sudah sampai ke Mina," jelas Suriahanim.

bernama.com

Suriahanim berkata dia meminta suaminya pulang ke khemah Malaysia dahulu untuk berehat sebelum melaksanakan ibadat melontar, namun suaminya bertegas untuk melakukan ibadat melontar di Jamrah Kubra pada waktu duha

"Saya mendapat maklumat berkenaan insiden rempuhan di Mina itu pada kira-kira 1.30 tengah hari (kejadian pada 11.30 pagi) dan saya mula menelefon suami, tapi tak berjawab," katanya lagi.

Suriahanim berkata beliau membuat laporan pada 11 malam hari kejadian kepada TH selepas suaminya masih tidak pulang ke khemah mereka.

TH kemudiannya melancarkan usaha mencari di sekitar kawasan Kompleks Jamrah (kawasan melontar) dan Mina tetapi gagal, sebelum tindakan terakhir dengan mencari di rumah mayat Muassiem di Mina.

agendadaily.com

"Terlalu berat ujian untuk saya dalam mengerjakan haji ini, arwah seorang suami yang sangat baik, tak pernah tinggikan suara, selepas hari terakhir di Mina (selepas selesai semua ibadat melontar semalam), saya balik ke Makkah dan di Masjidil Haram, saya solat taubat dan bersolat hajat.

"Selepas sahaja selesai solat hajat pada kira-kira 1.30 petang (27 September), Tabung Haji hubungi saya untuk membawa saya bagi proses pengecaman," katanya yang memiliki seorang anak lelaki berusia 2 tahun 6 bulan bersama arwah suaminya itu.

agendadaily.com

Jenazah Zulkifly selamat dikebumikan di tanah perkuburan syara'ik di Makkah pada 2.50 pagi ini (7.50 pagi waktu Malaysia) selepas Suriahanim melakukan proses pengecaman jenazah suaminya itu di rumah mayat Muassiem di Mina

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Image via www.sinarharian.com.my

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata TH hanya mula dibenarkan untuk membuat pemeriksaan terhadap jenazah yang terkorban dalam insiden rempuhan itu bermula semalam (27 Sept).

"Jenazah dikebumikan berkapankan kain ihram yang dipakainya, semoga Allah mencucuri rahmat-Nya dan menempatkan arwah dalam kalangan hamba-Nya yang bertakwa," katanya.

bernama.com

Setakat semalam, seramai 769 jemaah disahkan meninggal dunia dan 934 jemaah mengalami kecederaan dalam rempuhan di Mina

Angka kematian akibat rempuhan jemaah haji di Mina pada Khamis lalu meningkat kepada 769 orang berbanding 717 dilaporkan sebelum ini, kata Menteri Kesihatan Arab Saudi, Khalid Al Falih, semalam.

Agensi berita Reuters melaporkan Khalid dalam sidang medianya berkata, jumlah kecederaan disebabkan tragedi terbabit juga meningkat kepada 934 orang.

"Statistik terbaru mendedahkan jumlah kematian seramai 769. Ia bertambah sebanyak 52 berbanding jumlah kematian dicatatkan sebelum ini. Jumlah berkenaan adalah jemaah haji yang meninggal dunia di beberapa hospital di Makkah selepas dirawat akibat cedera dalam rempuhan itu," katanya.

bharian.com.my

You may be interested in: