seismik

Tahu Tak Bawa Bayi Ke Panggung Wayang Itu Bahaya? Pesanan Untuk Para Ibu Bapa Di Luar Sana

Ianya merbahaya untuk pembesaran bayi tersebut.

Cover image via Google

Berbekalkan skrin besar, kerusi selesa, sistem bunyi yang canggih dalam bilik berhawa dingin, tidak hairanlah kenapa menonton wayang merupakan hobi kegemaran orang ramai

Image via Cinema Online

Oleh sebab itulah, apabila ada sahaja filem baharu yang ditayangkan, maka berpusu-pusu orang akan pergi ke pawagam. Kebanyakan orang lebih suka menghabiskan wang mereka dengan menonton filem daripada membeli buku.

Menonton wayang juga merupakan aktiviti yang tidak memerlukan perbelanjaan yang banyak di samping mampu membangkitkan dan merangsang minda seseorang melalui penceritaan sesuatu filem itu.

Image via Unilad

Kebanyakan yang datang untuk menonton wayang adalah dari golongan muda, turut tergolong dalam kumpulan itu adalah ibu bapa muda

Yang menjadi permasalahan adalah apabila keinginan ibu bapa muda yang mahu menonton wayang ini terhalang ekoran kerenah anak masing-masing.

Almaklumlah, zaman mereka bercinta, menonton wayang adalah antara kegiatan utama. Apabila sudah berkahwin, mereka sukar untuk meninggalkannya, lalu mengheret anak-anak ke pawagam.

Namun begitu, tahukah anda membawa kanak-kanak kecil ke panggung wayang adalah suatu tindakan yang berbahaya?

Satu akaun Facebook Baby Language telah berkongsikan kenyataan tentang bahana membawa bayi ke panggung wayang.

Baca perkongsian penuh di bawah:

Screenshot pertama ialah balasan mesej dari GSC cinema Malaysia kepada saya sendiri.

Dua screenshot terakhir adalah pengakuan pekerja panggung wayang luar negara.

Keduanya mengesahkan hal yang sama: panggung wayang BUKAN tempat buat anak di bawah 2 tahun.

Faktanya, pendedahan lama (anggaran lebih 2- 8 jam) kepada bunyi melebihi 85db-90db sangat berisiko buat pendengaran ORANG DEWASA apatah lagi buat anak kecil. (Sumber: hearinglosthelp.com).

Untuk rekod perbandingan bunyi, penyedut hampagas sekitar 70db, perbualan biasa 60db dan gergaji elektrik ialah 110db.

Bunyi wayang? Owhh... Sangatlah banyak tingginya dari itu. 

Image via linstant

Okay pasti ada yang akan berkata, "Saya biasa je bawa baby gi wayang. Ok je tak de apa."

Soalannya, menonton wayang ini aktiviti 'dambaan' siapa? Ibubapa bayi atau bayi?

Tiada manfaat khusus aktiviti menonton wayang kepada anak kecil di bawah 2 tahun kepada perkembangan atau stimulasi pancaindera mereka.

Taman permainan, taman rekreasi, 'outdoor nature theme park', pantai, gym kanak-kanak dan mana-mana tempat yang memberi anak peluang mengunakan keseluruhan derianya untuk 'berada' di dalam situasi itu,

YA ini aktiviti yang berhak mereka dapatkan.

Duduk menonton wayang? Ini untuk kanak-kanak yang lebih besar dan orang dewasa.

Jika anda benar-benar perlukan 'me time' untuk menonton wayang, tinggalkanlah anak kecil anda sementara waktu kepada penjaga yang di percayai.

Ini lebih baik dan selesa bukan saja buat anda, tetapi kepada orang lain juga.


Oleh itu ibu bapa sekalian, berwaspadalah apabila ingin membawa bayi ke panggung wayang

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: