Tahu Tak Kedai Eco Dah Ada Bakeri? Roti, Aiskrim & Air Dijual Pada Harga RM2.10 Je. Wow!!!
Menariknya!
Rata-rata rakyat Malaysia pastinya menggemari kedai serbaneka Eco
Kedai serbaneka Eco ini sentiasa menjadi pilihan sesiapa sahaja kerana harganya yang sangat murah dan ditetapkan pada kadar RM2.10 sahaja bagi setiap satu barang.
Daripada peralatan seperti perkakas dapur, para pelanggan juga boleh mendapatkan barangan seperti bahan mandian, mainan kanak-kanak, peralatan kereta dan macam-macam lagi.
Namun berita yang kami ingin sampaikan kali ini pastinya akan membuatkan anda lebih teruja kerana Eco RM2.10 turut menjual pelbagai jenis roti, aiskrim dan air sama seperti sebuah kedai bakeri.
Ia telah menjadi viral di laman Twitter baru-baru ini
Menerusi satu tweet oleh seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama @kipahkun, dia memaklumkan bahawa kedai Eco kini telah membuka sebuah bakeri.
Apa yang menariknya, setiap makanan seperti roti, air dan aiskrim turut dijual pada harga RM2.10 sahaja.
Namun menurut gadis ini, bakeri itu hanya dibuka di cawangan yang terletak di Segamat, Johor sahaja.