seismik

Tahukah Anda Apa Sebenarnya Rogol? Video Pendek Ini Rungkai Segalanya

Hormati wanita. Sebarkan kepada semua.

Cover image via youtube.com

Apa perasaan anda bila anda mendengar perkataan "rogol"? Adakah ia hanya dikira sebagai rogol apabila berlakunya serangan seksual ke atas anda?

Image via tumblr.com

Adalah amat penting untuk semua orang tahu bahawa ROGOL ADALAH ROGOL sekiranya berlaku unsur-unsur paksaan walaupun dalam situasi yang berbeza seperti ini:

Sekiranya seseorang terlibat dalam hubungan cinta bersama remaja bawah umur, walaupun masing-masing rela untuk mengadakan hubungan seks, ia dianggap sebagai rogol

Image via youtube.com

Walaupun seseorang itu tidak menolak pelawaan seks atau tidak berkata "tak nak", terutama dalam keadaan tidak sedarkan diri, ia tetap dikira sebagai rogol

Image via youtube.com

Meskipun suami isteri, jika mereka melakukan hubungan seks yang melibatkan paksaan dan tanpa kerelaan dari sebelah pihak, ia juga termasuk dalam jenayah rogol

Image via youtube.com

Rata-rata kita selalu mendengar tentang kes rogol yang semakin berleluasa di negara kita. Baru sahaja minggu lalu, seorang gadis berumur 22 tahun telah dirogol oleh seorang bomoh di Semenyih.

Video kesedaran mengenai jenayah rogol yang bertajuk 'Rogol Adalah Rogol, Tiada Alasan!' ini telah dihasilkan oleh Pusat Khidmat ADUN Damansara Utama dan Pusat Wanita Berdaya (PWB) Damansara Utama

Image via youtube.com

Saksikan video penuh di bawah:

Rogol adalah satu jenayah yang sangat serius. Sekiranya anda seorang mangsa atau mengenali mana-mana mangsa rogol dan ingin membuat laporan, hubungi talian 03-7877 0224 atau layari laman web www.awam.org.my.

Image via youtube.com

Sudah tiba masanya untuk sama-sama kita perangi jenayah ini. Rogol adalah rogol, tiada alasan!

Image via tumblr.com

Pada 12 April lalu, seorang wanita berumur 35 tahun maut apabila dipukul seorang anggota polis dengan topi keledar di Mersing, Johor. CERITA PENUH:

You may be interested in: