Tahukah Anda, Ini Senarai 10 Negara Dengan Tentera Aktif Paling Ramai Di Dunia

Tumpuan dunia kini beralih kepada negara-negara yang memiliki angkatan tentera terbesar.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Wikipedia & INSS

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Keadaan landskap geopolitik global yang dilihat masih belum menunjukkan tanda surut menyebabkan dunia kini beralih kepada negara-negara yang memiliki angkatan tentera terbesar

Menerusi laporan Harian Metro, ia adalah susulan konflik berterusan antara Rusia dan Ukraine serta ketegangan yang semakin memuncak di Timur Tengah terus mencetuskan ketidaktentuan terbabit.

Berdasarkan laporan tahunan The Military Balance 2025 oleh diterbitkan oleh Institut Antarabangsa untuk Kajian Strategik (ISIS), negara yang mendahului kedudukan sebagai negara dengan jumlah kakitangan tentera aktif terbesar di dunia merupakan negara dengan populasi yang besar.

Laporan tahunan The Military Balance 2025 yang diterbitkan oleh IISS merupakan rujukan utama dunia mengenai keupayaan ketenteraan dan ekonomi pertahanan lebih 170 negara.

Berikut adalah senarai 10 negara dengan jumlah kakitangan tentera aktif terbesar di dunia mengikut laporan The Military Balance 2025:

1. China

Memiliki kuasa tentera terbesar mengikut keanggotaan aktif, Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) mereka kini berada dalam fasa transformasi teknologi kepala ledak dan maritim yang pesat.

Jumlah tentera aktif: 2,035,000

SAYS.com
Image via AUIA

2. India

India mengekalkan kedudukan kedua dunia dengan fokus kepada pemodenan domestik bagi mengimbangi kestabilan strategik di Asia Selatan.

Jumlah tentera aktif: 1,455,550

SAYS.com
Image via Global Times

3. Amerika Syarikat

AS kekal mendahului dari segi keupayaan operasi global dan kualiti teknologi persenjataan paling canggih, meskipun berada di kedudukan ketiga.

Jumlah tentera aktif: 1,328,000

SAYS.com
Image via CNN

4. Rusia

Rusia meningkatkan jumlah anggota aktifnya secara signifikan dalam laporan 2025 bagi menyokong keperluan peperangan berterusan dan pengukuhan sempadan barat.

Jumlah tentera aktif: 1,320,000

SAYS.com
Image via Reuters

5. Korea Utara

Korea Utara mengekalkan kekuatan tentera darat yang besar, menjadikannya salah satu negara paling bersifat ketenteraan di dunia mengikut nisbah penduduk.

Jumlah tentera aktif: 1,280,000

SAYS.com
Image via Reuters

6. Pakistan

Angkatan tentera Pakistan juga tersenarai sebagai salah satu kuasa tentera aktif terbesar, berperanan penting dalam kestabilan serantau dan keselamatan nuklear.

Jumlah tentera aktif: 654,000

SAYS.com
Image via DAWN

7. Korea Selatan

Seoul mengekalkan pasukan aktif yang terlatih dan bersiap sedia dengan sokongan teknologi pertahanan yang tinggi.

Jumlah tentera aktif: 600,000

SAYS.com
Image via Reuters

8. Iran

Iran memiliki jumlah tentera aktif terbesar di Timur Tengah, merangkumi angkatan tentera konvensional dan Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC).

Jumlah tentera aktif: 575,000

SAYS.com
Image via YouTube

9. Vietnam

Vietnam mengekalkan keanggotaan aktif yang besar sebagai strategi pertahanan negara dan penjagaan kedaulatan di Laut China Selatan.

Jumlah tentera aktif: 470,000

SAYS.com
Image via Independent

10. Mesir

Mesir melengkapkan senarai 10 teratas sebagai kuasa tentera terbesar di benua Afrika dan dunia Arab.

Jumlah tentera aktif: 438,500

SAYS.com
Image via Al Majalla

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: