seismik

Tak Dapat Tahan Air Mata Lepaskan Anak Perempuan Kahwin, Pak Cik Ini Undang Sebak Ramai

Tiba-tiba mata masa habuk.

Cover image via @dayangwalfaizi (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Perkahwinan adalah saat paling manis dan indah yang pasti tidak akan dapat dilupakan betul tak?

Pada masa inilah anda dan pasangan berjanji untuk sehidup dan semati bersama setelah cinta telah lama bersemai. Bagi ibu bapa pula, mereka pastinya gembira untuk kita kerana akhirnya bertemu dengan jodoh.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang gadis berkongsi detik menyentuh hati semasa ayahnya ingin menikahkan kakaknya telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@dayangwalfaizi

##fyp Perpisahan antara anak perempuan dan ayah nye adalah sangat berat ye

-

Ayah tak dapat tahan air mata terpaksa lepaskan anak perempuan berkahwin

Menerusi video tersebut, seorang gadis berkongsi detik ketika ayahnya berada di majlis pernikahan kakaknya bersama pasangan.

Kelihatan si ayah mula mengalirkan air mata sebelum memasuki dewan tersebut kerana merasa sedih dan berat hati untuk melepaskan anak perempuan sulungnya untuk berkahwin.

Malah, semasa di dalam dewan pernikahan itu, si ayah sempat berpesan kepada suami kakaknya untuk menjaga anaknya dengan baik.

"Macam mana saya serahkan dengan baik, minta tolong jaga dengan baik anak saya," katanya.

Lihat video sambungan itu di bawah:

@dayangwalfaizi

Reply to @lostg4rll part 2 time ayh nak serahkan kpd menantu nye ##fyp

original sound - dayangwalfaizi

"Cinta pertama kami sebagai anak perempuan adalah ayah" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut meluahkan perasaan mereka selepas melihat video itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 445K views, 83.3K likes dan 1,977 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik di TikTok:

Betul lah, jadi auto sedih terus tengok video ni :')

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: