seismik

Tak Sampai 3 Tahun Laptop Dah Rosak, HUAWEI Ada MateBook 14 Yang Boleh Ubah Hidup Anda

Inilah masanya untuk anda bertukar ke HUAWEI MateBook 14!

Cover image via HUAWEI Malaysia

Artikel ini ditaja oleh HUAWEI.

Kalau anda dibesarkan dalam keluarga yang ramai mesti dah biasa dapat barang peninggalan abang atau kakak anda kan?

Image via GIPHY

Seronok tau dapat barang free! Tapi yang tak bestnya bila laptop pun anda dapat yang dah dipakai, tak boleh guna untuk jangka masa panjang pulak tu! Terpaksalah kumpul duit untuk beli yang baru.

Image via GIPHY

Sebelum membuat pembelian, penting untuk anda pertimbangkan 3 perkara ini dulu tau. Pertama sekali, tahap ketahanan bateri, Kedua, seberapa laju ia boleh memproses data dan dalam masa 3 tahun lagi, laptop tu masih berfungsi dengan baik atau bakal jadi hiasan purba je dekat rumah anda?

Biasanya proses pemilihan laptop lebih mudah kalau anda ada bajet yang banyak. Namun, agak sukar sekiranya anda hanya mampu untuk belanjakan sekitar RM4000 dan ke bawah bagi sesebuah laptop tanpa perlu mengorbankan beberapa spesifikasi penting. Tapi..

Jangan stress sebab sekarang dah ada HUAWEI MateBook 14. Elegan dengan tahap prestasi yang hebat!

Image via HUAWEI Malaysia

HUAWEI MateBook 14 adalah produk range pertengahan yang paling sempurna kerana ianya hadir dengan kesemua spesifikasi yang anda perlukan.

Dilengkapi dengan paparan FullView dan banyak lagi ciri-ciri hebat lain, menjadikannya jauh berbeza dengan peranti lain dalam lingkungan harga yang sama. Kami sangat yakin HUAWEI MateBook 14 bakal memudahkan urusan harian anda!

Biar kami kongsikan 6 sebab kenapa HUAWEI MateBook 14 boleh digunakan untuk jangka masa yang lebih lama.

1. Prestasi chipset yang jauh lebih hebat berbanding komputer riba lain dengan harga yang sama

Kalau anda perasan, kebanyakan laptop yang digunakan untuk bermain game atau kerja-kerja penyuntingan video adalah jauh lebih mahal dan berat betul tak?

Ini kerana ia dilengkapi dengan chipset berprestasi tinggi. Sementara kebanyakan laptop yang digunakan untuk kegunaan biasa di pejabat adalah lebih ringan dan nipis.

Image via HUAWEI Malaysia

Bagaimanapun, HUAWEI kini tampil selangkah kehadapan dengan memperkenalkan komputer riba ultra-mudah-alih pertama dilengkapi dengan chipset berprestasi tinggi setanding apa yang digunakan untuk gaming laptop. Malah, ia juga didatangkan bersama AMD Ryzen™ 4000H Series Mobile Processor dan 16GB RAM! Hebat!

Sekarang anda tak payah risau dah bila perlu berhadapan dengan kerja yang melibatkan gambar, video berskala besar, lukisan kejuruteraan mahupun permainan video 4A. Semuanya akan lebih lancar dengan HUAWEI MateBook 14.

Ohh markah bonus! Sebab ia juga mempunyai dua kipas HUAWEI Shark fin, ia merupakan sistem peleraian haba yang pantas tanpa menghasilkan sebarang bunyi bising yang boleh mengganggu fokus anda ketika bekerja. Fuhh dasyat betul!

2. Satu-satunya laptop dengan paparan 2K FullView dengan harga yang berpatutan

Image via HUAWEI Malaysia

HUAWEI MateBook 14 adalah satu-satunya laptop seumpamanya yang mempunyai skrin sentuh penuh beresolusi 2K. Tak kisahlah sama ada anda gunakan ia untuk menyunting gambar atau hanya menonton filem, semua ni akan jadi lebih jelas dengan resolusi paparan 2K FullView.

HUAWEI MateBook 14 juga membolehkan lebih banyak teks dipaparkan apabila anda menggunakan perisian pejabat dengan aspek nisbah 3:2. Selain itu, skrin HUAWEI MateBook 14 telah diiktiraf selamat oleh TÜV Rheinland kerana kebolehannya untuk mengurangkan bahaya blue light bagi melindungi mata anda.

3. HUAWEI Share – Telefon pintar dan PC kini boleh disatukan!

Image via HUAWEI Malaysia

Pernah tak anda sibuk sangat bekerja sampai tak perasan ada panggilan penting masuk ke telefon anda? Haa.. workaholics mesti selalu macam ni kan?

Tapi sekarang dengan aplikasi HUAWEI Share anda boleh jawab panggilan secara langsung daripada laptop tanpa memerlukan sebarang kabel. Malah, anda juga boleh mengemas kini semua jenis fail dalam telefon pintar anda melalui laptop. Weh cool kan!

4. Power button dia memang power guys! hanya perlu gunakan imbasan cap jari!

Image via HUAWEI Malaysia

Siapa lagi yang rasa renyah bila kena masukkan kata laluan setiap kali nak hidupkan laptop?

Dengan HUAWEI MateBook 14 semua tu dah tak perlu lagi! Sebab ia dilengkapi dengan pegimbas cap jari pada butang ‘Power’nya. Lebih cepat dan mudah!

5. Hanya perlu satu pengecas untuk laptop dan juga telefon pintar!

Image via HUAWEI Malaysia

Pengecas poket HUAWEI MateBook 14 betul-betul boleh dimuatkan dalam poket anda tau! Kecil dan mudah di bawa ke sana-sini.

Paling best pengecas ini juga boleh digunakan untuk peranti HUAWEI yang lain seperti tablet dan telefon pintar. Tak payah dah anda nak sumbat banyak-banyak kabel dalam beg lepas ni.

6. Reka bentuk elegan untuk anda yang mahu tampil stylish!

Image via HUAWEI Malaysia

Hmm.. nak laptop yang cantik atau ada spesifikasi hebat? Dengan HUAWEI MateBook 14 anda boleh dapat kedua-duanya sekali! 

Sebab ianya direka secara minimalis dengan perincian yang sempurna. Hadir dalam warna Space Grey, ia juga dilengkapi dengan badan yang diperbuat daripada aluminium berketahanan tinggi yang tahan lasak.

Spesifikasi saiz:

  • 1.49 Kg (berat)
  • 14 inci (lebar)
  • 15.9mm (tebal)

Amacam guys, puas hati tak dengan spesifikasi HUAWEI MateBook 14 yang power teruk ni?

Memang inilah laptop yang anda perlukan geng. Harga murah, spesifikasi mantap. Tak ada alasan dah kenapa HUAWEI MateBook 14 bukan pilihan yang unggul.

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai HUAWEI MateBook 14, anda boleh terus ke laman web rasmi HUAWEI di sini.

Image via HUAWEI Malaysia

Artikel di atas dipetik daripada portal OHBULAN! dan diterbitkan semula oleh SAYS Seismik.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik