seismik

"Takkan 4 Petang Makan Lagi. Ini Budaya Tak Elok" - Dr Zulkifli 'Perhati' Staf 'Ngular'

Bagus cara ni.

Cover image via Buzzkini

Umum mengetahui bahawa bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Susulan daripada pelantikannya itu, Dr Zulkifli pada hari ini telah memulakan tugasnya dengan menyampaikan Tausiyah Am kepada kakitangan jabatan dan agensi agama di bawah Kementerian di Jabatan Perdana Menteri.

Image via Astro Awani

Memetik laporan MalaysiaGazette, di acara itu Dr Zulkifli berkata beliau akan memperkenalkan cara kerja mengikut sistem piramid

Image via Indahnya Islam

Bukan itu sahaja, beliau berkata bahawa dirinya akan lebih mementingkan konsep masa selepas ini.

Katanya, beliau tidak menggemari jika terdapat mana-mana anak buahnya yang mengabaikan waktu ketika menjalankan amanah.

Justeru, beliau menugaskan semua ketua jabatan untuk menyediakan laporan setiap minggu kepadanya mengenai tugas kakitangan bawahannya agar kesemua bekerja secara profesional.

“Saya suka kerja secara piramid, saya bukan one man show. Mulai sekarang juga setiap ketua perlu ada laporan mingguan bagi kakitangan bawahannya.

“Bos atau ketua unit perlu periksa kakitangan masing-masing. Jam 9 pagi mereka di mana, jam 3 petang mereka di mana. Takkan jam 4 petang masih makan lagi. Ini budaya tak elok,” katanya. 

Dr Zulkifli dalam pada itu turut menyentuh tentang cabaran berkaitan dengan masa di mana dalam pemerhatiannya, kakitangan banyak membazirkan waktu

Image via Astro Awani

“Kadang-kadang mereka buat kerja tidak penting, hilang waktu bertugas, tempat duduk kosong, anak buah tidak dapat dikesan oleh ketua dan sebagainya.

“Ini konsep tidak sihat. Padahal, kalau kita datang awal, buat kerja awal, kita dapat menyiapkan kerja lebih awal,” katanya.

Justeru katanya, beliau akan memperkenalkan fail meja yang mana sebaik sahaja kakitangan memasuki pejabat, mereka sudah mengetahui bidang kerja yang perlu dilakukan dan tugasan itu mengikut kelayakan masing-masing.

“Sebolehnya saya mahu mengelak stigma buah mulut orang ramai bahawa orang agama, agensi agama ini lemah, tidak stabil (dari segi kerja),” katanya.

Alhamdulillah. Ini satu langkah dan pendekatan yang baik. Diharapkan agar ia juga diterima dan disambut dengan baik oleh semua kakitangan beliau.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Tahniah Dr Zulkifli!

You may be interested in: