seismik

Catat Sejarah Mufti Pertama Jadi Menteri, Dr Zul Kata "Doakan Saya Dan Bantu Saya"

Sejuk mata memandang.

Cover image via Mufti Wilayah Persekutuan / Facebook

Umum mengetahui bahawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan barisan kabinet baru di bawah pemerintahan Perikatan Nasional semalam

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Image via trt.net.tr

Daripada kesemua barisan kabinet yang diumumkan, antara yang paling menarik perhatian adalah jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang disandang oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Dato' Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Pelantikan ini sekali gus mencatat sejarah negara apabila buat pertama kalinya seorang mufti diangkat sebagai menteri.

Mufti Wilayah Persekutuan, Dato' Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Image via Twitter @drzul_albakri

Sejurus selepas pengumuman, Dr Zul memohon ihsan orang ramai untuk mendoakan beliau agar diberi kekuatan dalam memikul amanah dan kepercayaan sebagai menteri

Menerusi satu status di Facebook Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zul menyifatkan pelantikan itu sebagai babak pertama dan episod baru yang akan ditempuhi beliau.

Beliau turut berharap agar dikurniakan kekuatan untuk menggalas kepercayaan terbabit dengan sepenuh keupayaan dirinya.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima kunjungan hormat Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli pada 3 Mac 2020 lalu.

Image via Prime Miniter's Office

"Sejurus selepas pengumuman pelantikan sebagai YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), seperti biasa, saya terus menuju ke Masjid Slim River, Perak untuk menyampaikan Kuliah Maghrib bulanan di sana.

"Saya dengan rendah hati memohon jasa baik sahabat semua untuk berterusan mendoakan saya agar saya dikurniakan Allah SWT kekuatan untuk memikul amanah dan kepercayaan ini sepenuh keupayaan saya," tulis Dr Zul.

Dr Zul turut memetik sebuah hadis daripada ‘Abdullah bin Salam yang berbunyi:

“Ketika Rasulullah SAW datang ke Madinah, orang-orang segera pergi menuju kepada Baginda. Ada yang mengatakan: Rasulullah SAW telah datang. Lalu aku mendatanginya ditengah kerumunan banyak orang untuk melihatnya. Ketika aku melihat wajah Rasulullah SAW, aku mengetahui bahwa wajahnya bukanlah wajah pembohong. Dan yang pertama kali beliau ucapkan adalah, ‘Wahai sekalian manusia, ⁣

1) Sebarkanlah salam⁣
2) Berikan makan⁣
3) Sambunglah silaturrahim⁣
4) Solat di waktu malam ketika orang-orang tidur,⁣

Nescaya kalian akan masuk Syurga dengan selamat.⁣"

Dalam pada itu, Dr Zul turut berharap agar dapat membina negara Malaysia dalam keredhaan Allah

"Doakan saya, bantu saya dan berilah pandangan kepada saya. Kita teruskan legasi pemimpin terdahulu, membina negara Malaysia yang berbilang kaum dan agama, dalam keredhaan-Nya.

"Kepada Allah SWT kami berserah dan kami bertawakkal," tulis beliau lagi.

Tahniah Dr Zul! You'll never walk alone! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Selain terkenal dengan perwatakan warak dan sopan, Dr Zul juga suka berseloroh:

You may be interested in: