seismik

Temui Finalis AJL38 'Meet & Greet Paling Ikonik' Di Pasar Seni, KL Pada 4 Februari Ini

Jangan lupa temu janji anda bersama finalis AJL 38 Ahad ini!

Cover image via @tv3malaysia (Instagram) & Low Yen Yeing/EdgeProp

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Debaran kemuncak acara paling berprestij, Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) yang akan berlangsung pada 3 Mac depan di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur kini kian terasa

Pastinya peminat setiap finalis yang bertanding tidak sabar menantikan persembahan daripada penyanyi kesayangan mereka.

Bagi menghangatkan lagi debaran AJL38, satu sesi bertemu peminat atau ‘meet and greet’ bakal diadakan pada 4 Februari ini, di Pasar Seni (Central Market) Kuala Lumpur bermula jam 12 tengah hari sehingga 6 petang.

Pelbagai aktiviti menarik akan disajikan dan paling seronok pengunjung berpeluang untuk bertemu dengan kesemua finalis AJL38.

Meet & Greet paling ikonik!

Antara finalis yang bakal hadir ialah Aina Abdul, Ernie Zakri, Hael Husaini, Shiha Zikir, Aisha Retno, Marsha Milan, Kugiran Masdo, Amir Jahari, Naqiu, Nabila Razali, Khai Bahar, Wany Hasrita, Ziana Zain dan Hasif Upin.

Jangan risau, anda tidak perlu bayar kerana masuk adalah percuma! Jangan lupa temu janji anda bersama finalis AJL38 Ahad ini!

Dalam pada itu, anda juga boleh mendapatkan tiket final AJL38 bermula 5 Februari ini DI SINI.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: