"Terjun Je" - Tanya Soalan Cara Kren Turun, Jawapan Netizen Tak Sangka Buat Ramai Terhibur
Sakit perut baca komen netizen.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kebiasaannya, kita sering nampak kerja-kerja pembangunan yang dijalankan di bangunan tinggi
Kerja-kerja pembangunan itu memerlukan kren untuk terus operasi. Sebagai contoh, bangunan tinggi seperti Merdeka 118 dan banyak lagi bangunan kediaman yang belum siap dibuat.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok tentang seseorang menanyakan cara kren turun telah menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tanya soalan bagaimana kren naik dan turun cetus kebingungan netizen
Menerusi video berkenaan, kelihatan rakaman di lorong yang menampakkan menara Merdeka 118 itu dipaparkan.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia merakam bangunan itu sambil menanyakan bagaimana kren itu naik ke atas dan turun ke bawah.
Soalan itu buat ramai bingung seketika. Apa yang lebih melucukan adalah apabila netizen memberikan komen yang diluar jangkaan.
"Mungkin kren tu akan turun bila mak dia panggil balik" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 988K tontonan, 80K tanda suka dan 4K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan jawapan yang lucu. Malah, ramai yang saling menyakat.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!