seismik

"Demi Pokok Keladi" - Beli Tak Ingat Dunia, Nenek Ini Sanggup Pegang Sampai Penuh Kereta

Sampai tuan punya badan pun tak nampak.

Cover image via @athirahpesal (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tidak dinafikan, ada sesetengah wanita memang suka dengan tumbuh-tumbuhan seperti pokok bunga

Kebiasaannya, mak-mak memang suka membuat koleksi pelbagai pokok dan bunga untuk ditanam di rumah. Perkara itu boleh dijadikan sebagai terapi minda dan hobi untuk mereka. 

Sama seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila dua orang wanita membeli pokok keladi sampai penuh kereta telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Sakan membeli sampai sanggup pangku pokok kesayangan

Menerusi video berkenaan, kelihatan sebuah keluarga sedang berada dalam kereta. Dipercayai mereka baru balik daripada kedai pokok bunga. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila ibu dan nenek yang berada di belakang seat kereta sudah dipenuhi dengan pokok keladi yang dibeli mereka.

Muka mereka kelihatan sangat puas hati dapat membeli pokok keladi sebanyak itu. Bukan itu saja, mereka sanggup memangku pokok-pokok itu sehingga tuan badan pun tidak kelihatan kerana telah ditutupi dengan pokok. 

Lihat video sambungan itu di bawah:

"Tak kisah nak tutup muka pun, janji dapat" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 900K tontonan, 128K tanda suka dan 2K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat nenek itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Rupa-rupanya diaorang memang kaki kebun, banyak betul jenis pokok yang ada! <3

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: