seismik

"Positif Covid-19?" - Ini Senarai Ubat Wajib Ada Untuk Anda Lawan Simptom Teruk Di Rumah

Covid-19 starter pack.

Cover image via @SyazaRahizad (Twitter) & Hello Sehat

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Baru-baru ini, ramai yang dilihat sudah dijangkiti dengan virus Covid-19 yang merebak dengan pantas

Bukan saja rata-rata kenalan kita yang tersenarai kontak rapat, malah ada juga yang positif dan perlu menjalani kuarantin di rumah.

Baru-baru ini, tular di Twitter tentang seorang wanita berkongsi antara ubat yang wajib ada untuk siapa yang positif dan menjalani kuarantin di rumah telah mencuri tumpuan.

Lihat posting penuh itu di bawah:

"Covid starter pack", sarankan beli ubat di farmasi untuk persediaan di rumah

Menerusi posting berkenaan, wanita yang pernah positif Covid-19 itu menasihati orang ramai yang terkena jangkitan untuk membeli ubat-ubatan seperti di bawah:

  • Ubat batuk
  • Nasal spray
  • Difflam (Sakit tekak & gatal)
  • Dysolvon tablet (Sesak dada)
  • Panadol Actifast
  • Panadol Extend

Tambahan lagi, dia juga menambah senarai ubatan yang boleh membantu semasa melawan simptom teruk:
  • Cool fever 
  • Throat spray 
  • Aloclair plus (Mouth ulcers or mouthwash
  • Air kelapa atau air madu 
  • Probiotic drinks (kombucha, yakult, etc) untuk meningkatkan imuniti badan
  • Vapor rub

Namun begitu, bukan semua orang mempunyai simptom yang sama

Wanita ini juga berkongsi simptom yang dihadapi semasa terkena jangkitan Covid-19. Selain itu, dia juga menasihati orang ramai supaya sentiasa periksa keadaan dan simptom masing-masing dan laporkan melalui MySejahtera. 

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada orang ramai. Teruskan mengamalkan SOP yang ketat dan jaga diri semua!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: