seismik

"Terpelanting" - Penunggang Motosikal Maut Sebab Berlanggar Dengan Kereta Tak Beri Signal

Padahnya kalau tak patuh peraturan jalan raya.

Cover image via @@isusemasaviral (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Semua pengguna jalan raya diwajibkan untuk mematuhi peraturan jalan raya yang telah ditetapkan

Perkara ini adalah untuk mengelakkan sebarang kemalangan yang tidak diingini berlaku. Kecuaian boleh menyebabkan kemalangan berlaku sehingga meragut nyawa orang lain. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di Twitter yang memaparkan insiden kereta berlanggar dengan motosikal telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah:

Akibat terus masuk simpang tanpa berhenti, kemalangan ini berlaku

Menerusi video berkenaan, kelihatan kemalangan berlaku antara sebuah kereta dan motosikal di jalan raya yang tidak dikenal pasti.

Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila sebuah kereta putih dilihat selamba masuk simpang tanpa berhenti dan memberi signal. Perkara itu menyebabkan penunggang motosikal di arah yang berlawanan hilang kawalan dan terus berlanggar dengan kereta itu.

Difahamkan, pemandu kereta itu telah ditangkap oleh pihak berkuasa. Malangnya, penunggang motosikal itu maut akibat kemalangan berkenaan.

"Kalau rasa tak yakin, better tunggu jap. Biarlah lambat sikit ke orang hon maki ke, asal kita atau pengguna jalan raya lain selamat" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 682K tontonan, 6K retweets dan 7K likes di Twitter, rata-rata netizen turut merasa berang. Malah, ramai yang memberikan pelbagai reaksi terhadap kemalangan itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Ingat, kecuaian di jalan raya boleh meragut nyawa orang. Salam takziah kepada keluarga arwah.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

You may be interested in: