seismik

"Lawatan Sambil Belajar" - Lelaki Bawa 13 Anak & 4 Isteri Beli Baju Raya Ini Curi Tumpuan

Meriah!

Cover image via @fazlin775 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Dikurniakan anak yang ramai sering dikatakan menjadi pembawa rezeki kepada sesebuah keluarga

Ibu bapa sememangnya bertanggungjawab ke atas semua anak mereka. Anak-anak perlu diberikan keperluan secukupnya dari segi pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan sebagainya. Oleh itu, perancangan keluarga memang sangat penting. 

Baru-baru ini, tular seorang lelaki membawa anak-anak dan isterinya membeli-belah di pasar raya telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Bawa 4 isteri dan 13 orang anak shopping baju raya sekali

Menerusi video berkenaan, kelihatan sebuah keluarga sedang membeli-belah di kedai kain Jakel. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila keluarga ini dilihat mempunyai ahli yang sangat ramai. Rupa-rupanya lelaki itu mempunyai 4 orang isteri dan 13 orang anak. Dia dilihat membawa semua isteri dan anaknya untuk membeli baju raya. 

"Sebelum bertolak memana, kira dulu bang, kang tak cukup ahli" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.2M tontonan, 77K tanda suka dan 3K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mengenainya. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Meriah betul, dah boleh buat team bola ini bang! :D

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

You may be interested in: