seismik

"Dream Come True" - Polis Sanggup Layan Hajat Budak Lelaki Teringin Naik Motor Peronda

Sporting gila!

Cover image via Paramyesh Ben (Facebook)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Jika disoal oleh guru masa kecil-kecil dulu tentang cita-cita, pasti ada antara kalian di sini yang menjawab ingin menjadi polis bukan?

Mana tidaknya, polis sering dikenali sebagai seorang yang gagah berani dan berintegriti. Kebanyakan budak kecil terutamanya lelaki memang menjadikan profesion polis sebagai cita-cita mereka. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di Facebook yang memaparkan seorang budak kecil teringin hendak naik motor polis telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Selamba cakap dengan mak nak duduk motor polis

Menerusi posting berkenaan, kelihatan seorang ibu telah memuat naik gambar dan video anaknya yang teringin menaiki motor polis. 

Apa yang lebih melucukan adalah apabila si ibu mengatakan bahawa anaknya memang teringin nak naik motor peronda polis sejak lama lagi. Apabila ditanya oleh anaknya, tentu saja dia menidakkan kemahuan anaknya kerana takut menganggu tugas polis. 

Tetapi siapa sangka, abang polis baik dan mahu melayani kehendak budak lelaki itu. Polis itu dilihat membawa budak lelaki itu naik motornya. 

"Dari kecil dah berminat dengan pasukan keselamatan. Semoga adik akan menjadi seorang pegawai polis kelak" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 630 tanda suka, 664 kongsi dan 21 komen di Facebook, rata-rata netizen turut memuji tindakan polis itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Facebook:

Dapat jugak nak naik motor tu ya dik, mesti malam happy sampai lena tidur! :P

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

You may be interested in: