seismik

"The Similarity Is Real" - Netizen Samakan Joe Biden Dengan Captain America Ketika Tua

Chris Evans mungkin dah boleh bayangkan muka dia waktu tua nanti.

Cover image via @melcostidis (Twitter)

Orang tua-tua kata dalam dunia ini ada tujuh orang yang mempunyai wajah sama atau seiras dengan kita, namun sejauh mana benarnya kepercayaan itu, terpulang kepada diri anda mahu percaya atau tidak

Wajah Captain America dan Joe Biden yang mirip ketika muda.

Image via Murai MY

Tetapi lain pula ceritanya kali ini tular di media sosial Twitter, rata-rata netizen mendakwa watak Captain America ketika tua yang dipaparkan dalam babak akhir Avengers: Endgame sebenarnya ialah Joe Biden sendiri.

Bagi yang tidak mengenali Biden, beliau baru sahaja sah ditabalkan sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-46 di Capitol Hill, Washington DC hari ini selepas menang dalam Pilihan Raya AS pada November tahun lalu menewaskan Donald Trump.

Seperti diketahui, watak Captain America yang berusia 70-an di akhir filem Avengers: Endgame mempunyai penampilan yang hampir serupa dengan Joe Biden, yang kini berusia 78 tahun.

Tidak ketinggalan, Chris Evans juga sebenarnya pernah meninggalkan komen menarik tentang perbandingan itu di Twitternya.

Lihat ciapan penuhnya di bawah:

Namun begitu, foto mirip Captain America itu ketika tua dan Biden sekali lagi tular hari ini selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Presiden AS

Hasil tinjauan di Twitter, rata-rata netizen meninggalkan pelbagai komen lucu, malah ada yang mahukan Biden melakonkan semula watak Old Captain America itu sebagai dirinya sendiri.

Berikut di bawah antara komen menarik daripada netizen:

Jadi, korang rasa sama ke tak muka Captain America dengan Biden ni?

Image via GIPHY

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: