Tiada Cuti Peristiwa Pada 21 Ogos Di Melaka, Tidak Disenarai Sebagai Cuti Am Rasmi
Tiada cuti umum diberikan pada tarikh berkenaan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tiada ketetapan cuti peristiwa diberikan pada 21 Ogos di Melaka
Menerusi laporan Bernama, tarikh tersebut bukannya Hari Kelepasan Am bagi Melaka dan tidak disenaraikan dalam Jadual Hari Kelepasan Am Negeri Melaka Tahun 2026.
Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Salhah Salleh berkata satu penjelasan dikeluarkan berhubung kekeliruan orang ramai berkaitan tarikh berkenaan.
Sebelum ini, ia telah dikaitkan dengan tarikh pengiktirafan warisan dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) di Melaka.

Semua urusan berjalan seperti biasa
"Semua urusan pekerjaan, perkhidmatan awam, persekolahan dan aktiviti harian pada 21 Ogos berjalan seperti biasa.
"Bagaimanapun ia tertakluk kepada peraturan pihak berkuasa, majikan dan institusi masing-masing," katanya.
Beliau menambah kerajaan negeri terus komited dalam memelihara, memartabatkan dan mempromosikan khazanah sejarah, budaya dan warisan negeri yang telah mendapat pengiktirafan sebagai tapak warisan dunia UNESCO.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via