Tiket Filem & Teater Tempatan Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan Mulai 2027
Usaha itu diharap dapat meningkatkan daya saing industri kreatif tempatan.
Cover image via RTM MalaysiaFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Industri kreatif tempatan terus diperkasa menerusi peruntukan lebih RM130 juta bagi menyokong sektor perfileman, muzik dan kandungan kreatif dalam usaha mengangkat nama Malaysia ke peringkat antarabangsa
Inisiatif itu turut bertujuan membuka lebih banyak peluang pekerjaan serta mengetengahkan kisah, budaya dan identiti negara menerusi karya kreatif.
Antara langkah yang diperkenalkan termasuk pemberian insentif kepada produksi filem dan animasi tempatan serta antarabangsa yang menjalankan penggambaran di Malaysia.
Insentif tambahan juga akan diberikan kepada karya yang mengetengahkan budaya tempatan dan semangat kenegaraan.

Selain itu, bermula 2027, tiket filem dan persembahan teater tempatan di Wilayah Persekutuan akan dikecualikan sepenuhnya daripada duti hiburan
Kerajaan turut menyeru kerajaan negeri mengambil langkah sama bagi menyokong perkembangan industri kreatif serta membantu pengkarya tempatan.
Dalam pada itu, ekosistem animasi tempatan akan terus diperkukuh bagi melahirkan 20 harta intelek (IP) baharu, selain mengkomersialkan watak-watak ciptaan Malaysia ke pasaran antarabangsa.
Usaha itu diharap dapat meningkatkan daya saing industri kreatif tempatan, sekali gus memastikan lebih banyak karya dan watak Malaysia dikenali di persada dunia.
Follow SAYS on Instagram, Facebook, and TikTok for updates!


