Tilam Terlalu Empuk & Sujud Jadi Tenggelam, Sah Ke Solat? Ini Penjelasannya
Hmm, sah ke tak ya?
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kadang-kadang ada di antara kita yang solat atas tilam atau sejadah tebal dan empuk
Namun apabila sujud, dahi pula terasa tenggelam sehingga sukar untuk mendapatkan kedudukan yang stabil.
Jadi, dalam keadaan seperti ini, sah ke solat kita?
Menurut hantaran yang dikongsi oleh Ustazah Asma' Harun di Facebook, mazhab Syafi'i menyatakan solat di atas tempat yang tebal tetap sah selagi dahi dapat diletakkan dengan tetap dan kukuh ketika sujud.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Utusan TVIni kerana antara syarat sah sujud ialah dahi perlu berada dalam keadaan tetap sehingga tempat sujud mampu menampung tekanan atau berat kepala.
Maksudnya, bukan ketebalan tilam semata-mata yang menentukan sah atau tidak sesuatu sujud, tetapi sejauh mana dahi boleh berada dalam keadaan stabil ketika sujud.
Kalau dahi tenggelam dalam tilam?
Sekiranya tilam terlalu lembut sehingga dahi tenggelam dan tidak dapat ditekan dengan stabil, sujud tersebut tidak memenuhi syarat yang ditetapkan.
Dalam keadaan ini, jika mampu, sebaiknya gunakan tempat yang lebih kukuh seperti lantai, tikar atau sejadah yang tidak terlalu lembut.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Aku IslamImage via7 syarat sah sujud:
Dalam perbahasan fiqh mazhab Syafi'i, antara syarat sah sujud ialah:
- Sujud di atas tujuh anggota.
- Dahi dalam keadaan terbuka.
- Dahi menempel pada tempat sujud dengan adanya tekanan.
- Tidak mempunyai niat lain selain sujud.
- Tidak sujud di atas sesuatu yang bergerak mengikut pergerakannya.
- Kedudukan punggung lebih tinggi daripada kepala.
- Mempunyai tumakninah.
Jadi, kalau tempat sujud itu tebal tetapi masih kukuh dan mampu menampung tekanan kepala, sujud tetap sah.
Sebaliknya, jika terlalu lembut sehingga dahi tidak stabil atau tidak dapat memberikan tekanan yang sepatutnya, elok beralih kepada permukaan yang lebih kukuh.
Ringkasnya, yang penting bukan tebal atau nipis tempat sujud, tetapi dahi dapat tetap dan kukuh ketika sujud.
Lihat posting di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via