seismik

Tindakan Lelaki Ini Gagal Halang Air Banjir Masuk Rumah Guna Penghadang Guni Jadi Tumpuan

Reda je lah.

Cover image via @khairul_anam55 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Umum sedia maklum, Malaysia merupakan negara yang terkesan dengan bencana banjir apabila tibanya musim tengkujuh

Persiapan yang dilakukan oleh rakyat Malaysia bagi menghadapi banjir sudah menjadi rutin tahunan terutama sekali di kawasan pantai timur.

Sama seperti video yang tular baru-baru ini berkaitan tentang aksi seorang lelaki yang berusaha untuk menghalang air banjir dari memasuki rumahnya telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@khairul_anam55 Semoga Allah permudahkan segala urusan #rmzproducts Tasbih Dzikir - IFTAH QULUBANA

Cuba berusaha letak timbunan guni pada pintu pagar untuk halang air banjir

Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @khairul_anam55 di TikTok, kelihatan gelagat seorang lelaki yang berusaha untuk menghalang air banjir dari masuk ke halaman rumahnya.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah pada awalnya strategi itu dilihat agak berjaya kerana guni-guni itu dapat memberi kesan sebagai penghadang.

Namun, ia bertukar situasi apabila hujan semakin lebat lalu membuatkan air banjir melimpah masuk dan guni-guni itu terjatuh.

"Banjir tak boleh nak dijangka, kita dah usaha selebihnya tawakal" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 2.2M tontonan, 91.4K tanda suka dan 1.8K komen di TikTok, rata-rata netizen turut mendoakan agar segala urusan lelaki itu dipermudahkan.

Berikut di bawah adalah komen menarik daripada netizen di TitTok:

Kesiannya, semoga apa yang terjadi ini ada hikmahnya :'(

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: